Siti Nurhaliza ‘sound’ netizen hina kulit album, ‘Cantiknya bahasa’

Siti Nurhaliza ‘sound’ netizen hina kulit album, ‘Cantiknya bahasa’.

PENYANYI tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza berang apabila kulit album baharunya berjudul Sitism dipersenda individu tidak bermoral.

Menerusi perkongsian di Instastory miliknya, dua individu berkenaan memperlekehkan konsep dan judul yang dipilih penyanyi berkenaan.

Bukan itu sahaja, individu berkenaan turut menuduh penyanyi berkenaan mempunyai masalah mental kerana menggunakan fon kepala dalam foto kulit albumnya itu.

Siti Nurhaliza ‘sound’ netizen hina kulit album, 'Cantiknya bahasa'
Siti berang album lagunya dikritik netizen.

“Sitism katanya. Bila search dekat Google keluar autism. Imej dan visual cyber retro futurism.

“Kau dah level penyanyi senior yang ada nama, bukan level awak keluar album dengan imej dan visual yang macam ini.

“Siapalah hanat yang sarankan penyanyi bernombor keluar album dengan konsep yang macam ini.

“Macam gila isim kan.

“Dekat kepada itu device untuk rawat orang masalah mental kan,” kata netizen berkenaan.

Dalam perkongsian tersebut, Siti turut meminta pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memeriksa akaun berkenaan.

“Cantiknya bahasa kakak-kakak ini @kakwanlebor @bonda_putehkundor.

Siti 4
Siti minta pihak tanggungjawab untuk lakukan siasatan.

“Kita bagi SKMM periksa kejap!” kongsinya.

Sejak beberapa hari lalu, Siti membuat kejutan apabila mengumumkan bakal melancarkan album solonya yang ke-20 berjudul Sitism pada 30 Jun ini.

Katanya Sitism merupakan hadiah buat peminat yang setia sepanjang 28 tahun penglibatannya dalam industri muzik tempatan.

BACA :

[VIDEO] Lelaki kongsi cara keringkan baju guna bakul, ‘Mesin baju manual’
Shuib kongsi gambar waktu remaja, ‘Inilah rumah yang mengajar saya erti hidup sebenar’
Anak banggakan Datuk Ac Mizal & Datin Emylia, “As your dad, I’m super proud of you”