‘Skodeng’ awek dalam tandas, lelaki ini didenda RM100

Padah mengintai seorang wanita di dalam tandas pasar raya lima hari lalu, seorang penghantar surat didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Nur Faizah Abdul Sani menjatuhi denda tersebut selepas tertuduh, Ikram Ikhwan Abdullah,19, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Ikram turut diperintahkan menjalani hukuman penjara tiga hari jika gagal membayar denda yang ditetapkan. Tertuduh membayar denda tersebut.

BACA JUGA : Tular video kereta terbakar, pemandu rentung selepas terbabit kemalangan

Berdasarkan pertuduhan, Ikram Ikhwan didakwa mengintai seorang wanita berusia 24 tahun di dalam tandas wanita sebuah pasar raya di Putra Heights, dekat sini pada pukul 6 petang, 27 Ogos lalu.

Perbuatan itu didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman denda RM100, sekiranya disabitkan kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Reetha Parawa Karan manakala tertuduh diwakili Peguam Shalehhuddin Salam.

Berita penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/01/penghantar-surat-didenda-rm100-skodeng-wanita-dalam-tandas/