Suami isteri sepakat gugur janin 6 minggu, ‘Hidup susah tapi terhamil anak Ke-6’.
Apabila bercakap tentang kepentingan merancang kehamilan, segelintir orang beranggapan tindakan itu sebagai menolak rezeki Allah.
Hakikatnya dalam beberapa situasi, ibu bapa seharusnya perlu berfikir panjang tentang kemampuan membesarkan zuriat selepas dilahirkan nanti.
Bukan sahaja soal kesihatan dalaman atau emosi isteri, tapi adakah sumber ekonomi sesebuah keluarga itu mencukupi?
Kalau sampai kita ada anak yang ke-6, dia taknak, dia nak buang
Baru-baru ini, radio Zayan dikejutkan dengan panggilan daripada seorang wanita bernama Puan Siti.
Dalam luahan tersebut, dia mendedahkan hidupnya dan suami memang hanya cukup-cukup makan.
Justeru lelaki itu berkata dia enggan anak lagi andai kata berlaku kehamilan. Dalam erti kata lain, dia mahu janin berkenaan digugurkan.
Kami cari rawatan pengguguran bayi, 3 hari sebelum raya saya gugurkan anak ke-6
Hendak dijadikan cerita, Puan Siti disahkan hamil anak ke-6. Kerana sudah timbul rasa sayang, dia nekad meneruskan kandungan dan suaminya juga tidak menghalang kehendak tersebut.
Namun bila difikirkan semula, banyak perkara yang amat dirisaukan olehnya termasuklah kemampuan memberi nafkah secukupnya. Jadi, akhirnya pasangan ini sepakat untuk menggugurkan juga janin yang sudah berusia 6 minggu.
Bayi itu sudah ada di syurga menanti mak & ayahnya, InsyaAllah
Seakan sesal dengan dosa besar tersebut, Da’i Izzhar Nazri kemudiannya berpesan supaya Puan Siti tidak meratapi perkara yang sudah berlalu.
Namun dia mengiyakan tentang keperluan bertaubat selain memberi peringatan bahawa setiap anak itu sudah ditetapkan rezekinya.
@zayan.my Janganlah kita rasa takut untuk mempunyai ramai anak kerana Allah SWT telah menetapkan rezeki bagi setiap anak yang dilahirkan. Marilah kita bersama-sama muhasabah diri. 😔 #ZAYANshare #ZAYANPagi ♬ original sound – ZAYAN
BACA :