‘Suami kalau die nak curang, tambat lah macam mana pun die akan curang jugak’

Suami, kalau die nak curang, tambat lah macam mana pun, die akan curang jugak, lagi-lagi lah zaman sekarang semua di hujung jari.

Kita tak boleh kawal orang lain, kita hanya boleh kawal diri kita.

Ade orang pilih check semua media sosial suami, diam-diam check phone suami, hack whatsapp suami,sebab nak tau suami berhubung dengan siapa.

'Suami kalau die nak curang, tambat lah macam mana pun die akan curang jugak'
Gambar hiasan.

Sebenarnya kalau kita tau semua tu hanya akan buat kita lebih sakit.

Ade orang cakap lebih baik mencegah dari awal, dari hidup dalam penipuan,wallahualam.

Tapi kaktis memilih untuk tidak sakit, kaktis boleh check semua yang ade dalam phone suami, password pun kami buat sebab takut phone hilang, atau anak main jer.

Tapi dah banyak tahun, kaktis tak nak ambik tau ape yang ade dalam media sosial suami.

Pada kaktis, biarlah aku jaga hati sendiri, dan hati suami aku serahkan pada Allah, sebab aku bukan pemilik hati suami ku, Allah yang pegang hati nya.

Dan beliau hanya pinjaman,untuk menjaga kami selagi mana Allah izin kan.

Walau di genggam erat mana,kalau die ingin terlepas,die akan terlepas juga.

Kita hidup tak kan terlepas dari ujian berumah tangga, kadang iman kita yang di uji berjumpa dengan kekasih lama dan sebagai nya, kadang hati suami yang di uji,kadang kita di uji dengan kewangan, kadang di uji dengan kesakitan ahli keluarga.

Semua itu ujian, kita mintak lah pada Allah, jaga hati kita dan pasangan kita, agar sentiasa saling sayang, walau apa pun dugaan yang datang.

Tapi kalau die dah terang-terang cakap dengan kita, die sayangkan orang lain,dan dah takder perasaan dengan kita, Masa tu kita move on.

In sha Allah,kita tak kan mati tanpa pasangan.

Kita tak rugi, sebab melepas kan orang yang tak sayangkan kita, tapi die melepaskan orang yang sayangkan die.

Utamakan jaga hati kita, yang lain kita serah jer lah pada Allah.

Ini kaktis, orang Lain pasti tak sama.

BACA :

‘Saya antara pelajar terbaik SPM, tapi average saja di alam pekerjaan’
Lelaki mahu jual RX-Z dengan harga RM120,000, ‘Demo tak kenal barey’
Selepas kehilangan ketua keluarga, 9 beranak tak mampu bayar sewa diminta keluar rumah