Sufian Suhaimi dedah rakan artis belum bayar hutang RM100,000, ‘Silap saya mudah percaya orang’

Sufian Suhaimi dedah rakan artis belum bayar hutang RM100,000, ‘Silap saya mudah percaya orang’.

GARA-GARA terlalu percayakan rakan, penyanyi Sufian Suhaimi terpaksa menagih hutang yang telah diberikan kepada beberapa individu sebelum ini.

Kata Sufian, 31, hutang terkumpul yang belum dilunaskan itu dianggarkan bernilai lebih RM100,000 dan sehingga kini masih belum dilangsaikan.

“Kadangkala saya tersilap memberi kepercayaan kepada orang lain. Berlaku penipuan yang melibatkan wang dan jumlahnya pula bukan sedikit.

Sufian Suhaimi dedah rakan artis belum bayar hutang RM100,000, 'Silap saya mudah percaya orang'.
Sufian mendoakan agar individu berkenaan dapat menyelesaikan hutang.

“Kalau nak dikira, duit yang saya pernah pinjamkan kepada orang berjumlah lebih RM100,000 dan mereka yang meminjam itu pula dalam kalangan orang industri,” katanya.

Dalam pada itu, Sufian memberitahu dia sudah cuba untuk menghubungi individu berkenaan namun masih belum berjaya menuntut kembali wang berkenaan.

“Saya dah hubungi mereka tapi masih belum dapat lagi sebarang bayaran… saya ni jenis cepat kasihan dan simpati dengan orang.

“Terfikir mereka ada keluarga, jadi saya nak mendesak sangat pun rasa kasihan juga.

Kalau nak dikira, duit yang saya pernah pinjamkan kepada orang berjumlah lebih RM100,000.

“Saya reda masih belum dapat wang itu tapi itu tak bermaksud kita menghalalkan sebab jumlahnya besar,” ujarnya.

Meskipun wang pinjaman itu belum dipulangkan, penyanyi lagu Di Matamu itu tetap bersyukur kerana dia masih lagi mampu meneruskan kehidupan dengan sumber kewangan yang ada.

Dia juga mendoakan agar individu berkenaan dimurahkan rezeki dan dapat menyelesaikan hutang tersebut.

“Apa-apa pun saya masih lagi bersyukur kerana saya tidaklah rugi sampai ‘terduduk’ seperti tak tahu nak makan apa, tak dapat bayar sewa rumah dan sebagainya.

“Alhamdulillah saya masih belum lagi diuji dengan kesukaran seperti tahap itu. Saya harap Allah tak uji saya dengan kesukaran seperti itu.

“Kalau fikir balik jumlah wang yang ada pada orang tu bukan sedikit, banyak juga. Saya harap dia (penghutang) sedar dan dia ingatlah,” katanya.

BACA :

Anak saudara kerap datang rumah sebab nak makan ‘free’, ‘Siap minta sediakan barang’
[VIDEO] Suami isteri cedera disimbah asid, kedai dibakar