Syarikat ini beri bonus 52 bulan gaji kepada pekerjanya…

Syarikat ini beri bonus 52 bulan gaji kepada pekerjanya… Ramai orang menantikan penghujung tahun kerana terdapat pelbagai perayaan pada masa itu dan juga, ketika itulah mereka menerima bonus tahunan mereka.

Pada 30 Disember, pekerja sebuah syarikat perkapalan Taiwan, Everygreen mungkin terkejut apabila melihat bonus yang mereka terima tahun ini.

Tahun lepas, beberapa pekerja Evergreen Marine menerima bonus sehingga 40 bulan tetapi pada tahun ini, ada juga yang menerima 52 bulan!

Pernah buat kapal satu dunia jam teruk, Evergreen beri bonus 52 bulan kepada pekerjanya

Kebanyakan pekerja diberi bonus 10 bulan hingga 45 bulan gaji tetapi mereka yang menunjukkan prestasi kerja yang hebat diberi 52 bulan bonus.

Syarikat ini beri bonus 52 bulan gaji kepada pekerjanya...

Menurut Taipei Times , syarikat perkapalan itu tidak mengulas soalan mengenai bonus, sebaliknya, mereka hanya berkata: “setiap pekerja diberi pampasan berdasarkan prestasi mereka.”

ET Today juga mendedahkan bahawa beberapa pekerja telah menerima hampir 2 juta NTD dalam akaun bank mereka.

Jika kita mengiranya daripada perspektif pekerja akar umbi di mana mereka memperoleh 40,000 NTD (RM5,746) sebulan, mendapat 45 bulan bonus bermakna mereka akan mendapat tambahan 1.8 juta NTD (RM258,257).

Ada juga yang menyebut bahawa mereka menerima hampir 3 juta NTD.

Syarikat saingan Evergreen Yang Ming Marine telah berkata bahawa mereka merancang untuk memberi ganjaran kepada pekerja mereka sehingga 13 bulan bonus.

Walaupun kos sara hidup di Taiwan agak tinggi, kami pasti semua orang gembira apabila mereka menerima bonus kerana wang tunai tambahan itu pasti akan membantu kehidupan seharian mereka.

BACA:

Jawapan mak cik ini bile ditanya nak tulis apa atas kek dibeli buat pekerja sebak

Penyanyi ini nekad tinggalkan dunia nyanyian, penampilan terkini dapat pujian