Tahan dada lihat dua adik ni gembira dapat laptop, ‘Sanggup orang derma benda rosak begini’

Tahan dada lihat dua adik ni gembira dapat laptop, ‘Sanggup orang derma benda rosak begini’.

Sedang duduk dengan suplier di kedai, tiba-tiba datang dua orang perempuan.

Muda lagi. Rasanya macam pelajar universiti.

Terus dia tanya, “Encik, maaf nak tanya. Sini boleh baiki laptop kami ni?”

Tahan dada lihat dua adik ni gembira dapat laptop, 'Sanggup orang derma benda rosak begini'

“Oh. InsyaAllah. Laptop apa tu?”

Mereka keluarkan dua laptop. Saya tengok model je dah rasa “down”. Sebab model lama ni. Kalau kata tak boleh baiki memang itulah jawapan sebaiknya.

“Oh model ni. Tak boleh on?”

“Ha ah. Kami perlu sangat sebab nak buat assignment”

“Ok. Kalau saya kata tak boleh baiki, macamana? Satu sebab model ni lain. Dia jenis payah. Dan terlalu lama ni. Lebih 8 tahun lepas”
Wajah mereka berubah.

“Oh yeke? Kalau kami tolak laptop ni? Ambil lain boleh?”

“Maaf cik. Tak boleh sebab laptop ni dah rosak dan spare part dia tak boleh guna apa pun. Boleh saya tahu beli dah berapa lama?”
Mereka saling berpandangan.

“Sebenarnya, ni orang derma. Saya dan dia kami anak yatim. Kami cari bantuan, ada orang bagi laptop ni. Seronok rasa tapi bila kami nak on, tak boleh. Saya tanya kedai lain, mereka gelak suruh buang je”

Masa ni saya sebak.

Sanggup orang derma benda rosak begini. Mereka sudahlah memang memerlukan. Terus saya suruh mereka duduk jap. Saya jumpa suplier.

Saya minta ada tak laptop ok, murah, boleh guna. Tapi suplier kata dia cuba tengok hari ni atau sabtu nanti sebab kedai hanya ada laptop agak mahal.

” Baik. Macam ni. Cik balik dulu. Bagi nombor dan alamat pada saya. Saya bagi dua laptop pada kamu berdua InsyaAllah esok atau sabtu.

Boleh? ”

” Eh? Betul ke encik? ”

“InsyaAllah. Saya usahakan ya. Laptop lama ni saya ambil. Nanti saya bagi pada scrap laptop je. Ok?”

Tahan dada rasa lihat dua adik ni gembira dapat laptop, walaupun saya tak tahu boleh dapat ke tak sebab perlukan bajet.

Jadi,

Pesan saya, janganlah derma barang rosak begini. Atau tanya kedai komputer dulu sebelum serahkan untuk derma. Boleh baiki, baru bagi. Sebab mereka akan guna laptop untuk beberapa tahun lagi.

Contohnya tab asus infinity ni model lama sangat. Android support hanya sampai 4.0 saja. Tak boleh install whatsapp, zoom, google meet semua tak boleh.

Kalau laptop pula, jangan bagi yang core 2 duo. Lama sangat. Nak install software terkini untuk pelajar guna pun tak boleh. Nak upgrade pula akan ada masalah lagi.

InsyaAllah.

Moga berkat bantuan kalian di jumaat berkat, akan memberikan sinar bagi mereka. Dan bersedekah di hari Asyura akan diluaskan rezekinya sepanjang tahun. Amin ya Allah.

Bismillah.

BACA :

Kecomelan cucu bilionair terkenal, Tan Sri Vincent Tan jadi bualan netizen
‘Sebenarnya, bagi yang asal kampung dan duduk bandar majoriti ada cita-cita nak kembali ke kampung’
‘Lepas 3 bulan isteri meninggal, terus aku enroll. Nak sambung belajar, nak kejar cita-cita’