‘Tak salah nak pergi travel negara mana pun.. Tapi sebelum ke mana-mana, pergilah ke Mekah & Madinah dulu’

‘Tak salah nak pergi travel negara mana pun.. Tapi sebelum ke mana-mana, pergilah ke Mekah & Madinah dulu’.

“Mad, macam mana kau boleh terfikir nak kayuh basikal dengan isteri ke Mekah?”

Soalan yang aku dapat setiap kali aku jumpa orang yang baru tahu cerita aku.

'Tak salah nak pergi travel negara mana pun.. Tapi sebelum ke mana-mana, pergilah ke Mekah & Madinah dulu'.

“Seriously, aku tak terfikir!”

“Aku tak terfikir pun nak pergi Mekah, apatah lagi dengan isteri, aku plan nak kayuh basikal ke London weh! haha” kata aku.

“Habis tu macam mana boleh pergi Mekah naik basikal dengan isteri tu?” tanya mereka lagi.

Aku macam dah boleh hafal template soalan orang yang tanya aku.

It’s ok, aku cuba sinopsiskan sependek yang mungkin! haha.

  1. Aku sebenarnya seorang hikers, tiba-tiba terjebak dengan dunia basikal jarak jauh (touring) oleh seorang Mat Saleh.
  2. Aku jatuh cinta dengan dunia touring, aku plan nak kayuh lagi jauh, iaitu London! (ini nak kayuh ke nak lari rumah?
  3. Aku minta izin parents, mereka berat hati nak bagi. (kalau mereka izin, mereka bukan parents yang normal).
  4. Setahun aku minta izin, baru dapat restu, itupun dengan syarat, iaitu KAHWIN DULU! (aduh, aku mana ada calon)
  5. Aku minta Ummi carikan, dipendekkan cerita, Ummi bagi calon seorang Ustazah.
  6. Aku pulak letak syarat kat Ustazah ni, lepas kahwin aku nak kayuh gi London, nak ikut tak? (dalam hati aku kata, kompen Ustazah ni reject)
  7. Ustazah kata “NAK IKUT!!”, Ustazah ni rare gila weh!
  8. Lepas 6 bulan, kami kahwin.
  9. Aku tanya Ustazah, bila last kayuh, dia kata sekolah rendah (aku tepuk dahi)
  10. Setahun aku perlu persiapkan mental & fizikal Ustazah untuk kayuh ke London.
  11. Ustazah minta izin pada aku, boleh tak sebelum ke London, singgah ke Mekah dulu, sebab beliau tak pernah jejak kaki ke sana.
  12. Aku ok je, sebab Mekah tu dalam laluan nak pergi ke London.

Haa gitulah ceritanya, habis pendek dah aku cerita ni.

Nak baca drama lagi panjang, baca dalam buku Ustazah Basikal. Hua hua hua.

Tuan puan yang mulia. Tak salah nak pergi London, tak salah nak pergi travel ke negara mana pun. Tapi sebelum ke mana-mana, pergilah ke Mekah & Madinah dulu.

Sebab apa? Sebab Rukun Islam ke-5 ibadah Umrah & Haji.Jika tak mampu buat Haji, WAJIB buat Umrah. Kita tak nak bila dah meninggal Malaikat tanya dalam kubur.

“Amboi dah pergi sampai London, kenapa tak pergi buat Umrah?” Kita nak jawab apa? Mulut dah kena kunci, dah tak boleh tipu dah, yang bercakap anggota badan kita yang lain.

Nak tak saya kongsi tips macam mana nak pergi Umrah cepat? Ada 3 step jer.

  • Set tarikh spesifik bila nak pergi (contoh : 1 Disember 2024)
  • Pergi travel agensi Umrah berdekatan, terus bayar deposit. (tawakal, pejam mata je bayar)
  • Mula menabung dari sekarang walaupun RM1 sehari (Allah nak tengok usaha kita, jangan pelik kalau tiba-tiba kita pergi tak pakai duit kita 1 sen pun, yang penting usaha)

Semoga berjaya!

BACA :

Menara kediaman tertinggi di dunia baru sahaja dilancarkan
Jangan tulis nama ALLAH pada kad jemputan kahwin.. ‘Dah lama aku tegur, ramai tak ambil kisah dan peduli’
[VIDEO] ‘Saya ingatkan belut, rupa-rupanya ular sedang ratah ayam’