Tak sempat sampai hospital, bayi lahir di balai bomba

Seorang wanita selamat melahirkan bayi perempuannya dalam kereta di perkarangan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik, Seksyen U8 dekat sini, semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, dalam kejadian pada jam 7 malam, wanita berusia 29 tahun itu difahamkan dalam perjalanan ke hospital bersama suaminya.

“Pasangan suami isteri itu dipercayai dalam perjalanan dari rumah mereka di Puncak Alam ke Hospital Shah Alam.

“Bagaimanapun, wanita itu merasa sakit dan air ketubannya sudah pecah lalu mereka memasuki perkarangan BBP Kota Anggerik untuk mendapatkan bantuan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

May be an image of one or more people, car and road

Beliau berkata, wanita itu kemudian selamat melahirkan bayi perempuan dengan bantuan pegawai bomba, Norsyuhadah Ahmad.

JIKA ANDA TERLEPAS : Tular di media sosial kes sembelih dan makan daging kucing

Katanya, bayi itu kemudiannya diserahkan kepada pihak ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, insiden berkenaan dikongsi di Facebook Bomba Channel yang mana tindakan anggota bomba yang sedia membantu itu mendapat pujian masyarakat.

Berita penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/07/734482/tak-sempat-ke-hospital-wanita-lahirkan-bayi-di-balai-bomba