Tayang badan, tindak-tanduk TikTokers makin menjadi-jadi

Tayang badan, tindak-tanduk TikTokers makin menjadi-jadi. Meskipun dirinya tidak berkecimpung dalam dunia hiburan, namun, nama pempengaruh dan usahawan, Sasha Abdul Aziz sering menjadi tumpuan netizen gara-gara kerap berkongsi aktiviti sehariannya dalam menjaga penampilan diri dan juga kesihatan.

Pun begitu, baru-baru ini, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Sasha di laman TikToknya, dia memaklumkan ingin berkongsi rahsia perut kempis walaupun sudah bersalin dua orang anak secara pembedahan caesarean.

“Nak kongsi rahsia perut main kempis ni, nantikan!” ujarnya ringkas di ruangan kapsyen.

Tayang badan, tindak-tanduk TikTokers makin menjadi-jadi

Kita semua sedang diuji

Dalam video tersebut, kelihatan Sasha sedang leka menari sambil memakai pakaian yang ketat sehinga menampakkan bahagian asetnya telah mencetuskan pelbagai reaksi negatif dan kritikan netizen.

Mana tidaknya, penampilan seksinya itu dianggap melampaui batas memandangkan dia seorang wanita beragama islam dan tidak patut ditunjukkan kepada orang ramai.

Bukan itu sahaja, kelebihan yang dimilikinya pada ketika ini adalah ujian buat dirinya dan mereka meminta agar Sasha kembali ke jalan yang benar.

Cantiknya badan!

Pun begitu, disebalik kecaman dan kritikan yang dilemparkan oleh netizen, ada juga segelintir netizen yang memuji dan mengagumi bentuk badan ideal yang dimiliki oleh Sasha.

BACA:

Isu sunat anak perempuan, Dr Amalina ambil tindakan undang-undang terhadap netizen

Penampilan terkini Aizat Amdan buat ramai terkejut, apa sudah jadi?

Siti Nurhaliza lapor ramalan cuaca pula, ramai teruja