Terkini!!!! Pak Lah Cecupak meninggal dunia

Pelakon dan pelawak, Nor Affendi Nurdin atau lebih dikenali sebagai Pak Lah Cecupak, 53, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, pada jam 11.07 pagi tadi.

Pak Lah disahkan menghidap barah usus tahap empat sejak Julai lalu.

Isteri Allahyarham, Rohamiza Ali, memberitahu, sebelum menghembuskan nafas terakhir, suami sempat berbual biarpun pertuturannya tidak jelas.

DISYORKAN UNTUK ANDA

“Ketika itu, saya hanya mengiyakan dan mengangguk. Arwah dimasukkan ke hospital sejak tiga hari lalu.

“Sejak sakit, arwah kerap berulang alik ke hospital.

Allahyarham Pak Lah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu, pagi tadi.

“Doktor mengesahkan barah usus dihidap suami sudah merebak ke hati. Saya dan anak reda dengan dengan takdir ini,” katanya kepada BH Online.

Rohamiza berkata, jenazah suami akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Wakaf Tengah, Kuala Terengganu, selepas Asar.

Sepanjang perkahwinan Allahyarham dan Rohamiza, mereka dikurniakan tiga anak.

BH Online pernah melaporkan tahap kesihatan arwah Pak Lah yang perlu menjalani rawatan kimoterapi sebanyak 12 kali.

Sepanjang rawatan, pergerakan arwah agak terbatas dan memerlukan bantuan kerusi roda selain sukar membuang air besar.

Pak Lah pernah bekerja dengan organisasi dikenali sebagai Kampung Karyawan Koloni Amanjaya, People Of Remarkable Talents (PORT) di Ipoh, Perak, sebagai pencipta lagu.

Sumber:https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/11/756620/pak-lah-cecupak-meninggal-dunia