Terkini:Alif Satar disahkan positif Covid-19

Penyanyi dan pelakon terkenal tanah air, Alif Satar hari ini memaklumkan beliau disahkan positif koronavirus (Covid-19).

Menerusi Instagramnya, Alif menyatakan beliau telah beberapa kali melakukan ujian saringan Covid-19 sepanjang menjalani penggambaran.

Bagaimanapun, keputusan terbaru yang beliau terima hari ini menunjukkan beliau positif Covid-19.

“Perkara pertama bila alif dapat tahu keputusan ini, adalah semestinya tahap keselamatan keluarga…isteri dan anak-anak alif, rakan-rakan di set penggambaran dan semestinya kontak-kontak rapat yang telah berjumpa dengan Alif.

“Alif juga telah memberi nama kepada pihak KKM, kontak rapat yang alif kenal pasti dalam tempoh 14 hari,” katanya

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/111432/KHAS/Koronavirus/Alif-Satar-disahkan-positif-Covid-19