Terus jalin hubungan erat, Singapura dan Johor setuju teroka bidang kerjasama baharu

Terus jalin hubungan erat, Singapura dan Johor setuju teroka bidang kerjasama baharu.

Singapura dan Johor bersetuju meneroka bidang kerjasama baharu dan terus menjalin hubungan erat demi manfaat rakyat kedua-dua negara, menurut Kementerian Luar (MFA) republik itu.

Kementerian itu memaklumkan bahawa Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan telah melawat Johor pada Isnin.

Ketika lawatan itu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima kunjungan hormat Balakrishnan.

Turut hadir Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

“Balakrishnan dan para pemimpin Johor mengesahkan hubungan erat yang telah lama terjalin antara Singapura dan Johor,” dalam satu kenyataan.

Singapura turut mengalu-alukan penyambungan semula rentas sempadan secara sepenuhnya dan pertukaran antara kedua-dua negara, menurut kenyataan itu.

“Para pemimpin juga gembira melihat kemajuan yang dicapai dalam projek Pautan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura serta pembukaan perkhidmatan feri antara kedua-dua pihak, yang akan meningkatkan ketersambungan dan mengurangkan kesesakan di Tambak,” katanya.

BACA JUGA:

Premis urut dan hiburan diserbu DBKL

Undang-undang jenayah Islam mempunyai alternatif terbaik’ – Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Banduan Wanita berdoa ingin peluk cium anak, akhirnya termakbul