The Rock hadiahkan rumah untuk peninju UFC, ‘Saya hanya ada RM31 dalam bank’

The Rock hadiahkan rumah untuk peninju UFC, ‘Saya hanya ada RM31 dalam bank’.

Pelakon dan bekas ahli gusti profesional World Wrestling Entertainment (WWE), The Rock menghadiahkan sebuah rumah kepada peninju Ultimate Fighting Championship (UFC), Themba Gorimbo baru-baru ini.

Menurut The Rock atau nama sebenarnya Dwayne Johnson, dia tersentuh dengan satu tangkap layar peninju itu di Twitter pada awal tahun ini.

The Rock hadiahkan rumah untuk peninju UFC, 'Saya hanya ada RM31 dalam bank'

Dalam tangkapan layar tersebut mendedahkan bahawa Themba hanya mempunyai $7 (RM31) dalam akaun banknya.

Tambah The Rock, perkara tersebut tak ubah seperti dirinya yang mempunyai $7 (RM31) dalam poketnya selepas dibuang daripada Liga Bola Sepak Kanada pada 1995 dan terpaksa berpindah rumah.

Susulan itu, pelakon Hollywood itu telah terbang ke Miami untuk bertemu dengan peninju UFC terbabit. Pertemuan mereka itu turut dikongsikan oleh The Rock menerusi saluran YouTube miliknya.

Dalam klip tersebut mendedahkan Themba terkejut, memeluk dan bersalaman dengan The Rock sejurus melihat pelakon berusia 51 tahun itu berada di depan matanya.

Sementara itu, The Rock juga berkongsi momen tersebut di akaun Instagram rasmi miliknya.

“Selamat pulang ke rumah @thembagorimbo_mma. Harap awak dan keluarga dapat menikmati hidup di rumah ini.

“Teruskan menjaga keluarga awak dan saya berbesar hati untuk memberikan bantuan kecil ini.

“Saya juga pernah melalui detik-detik tersebut. Saya sentiasa di belakang awak.

“Impian seterusnya adalah untuk melihat awak menjadi juara @ufc suatu hari nanti,” katanya di media sosial tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dwayne Johnson (@therock)

Themba Gorimbo

Menurut Daily Mail, Themba sebelum ini hanya tidur di sebuah gimnasium di Miami ekoran hanya memiliki wang berjumlah $7.

Selepas memenangi pertarungan dalam UFC baru-baru ini, dia telah menjual peralatannya dan meraih $7,000.

Walau bagaimanapun, dia lebih memilih untuk menggunakan wang tersebut untuk membina pam air di kampungnya di Zimbabwe bagi penduduk kampung mendapatkan bekalan air bersih berbanding membelanjakannya untuk diri sendiri.

Untuk klip penuh, boleh tonton di bawah.

BACA :

Kisah Barbarossa pahlawan Islam yang jadi raja di lautan, jadi watak jahat dalam Pirates of the Caribbean
Satu kejadian paling pelik berlaku pada saya di Pakistan pada tahun 2016, ‘Tak sangka ada orang macam ni dalam dunia’
[VIDEO] Isteri dedah suami ada ‘fetish’ pelik, ‘Saya wajib buat susu, pasang kartun & pakaikan lampin untuk suami sebelum tidur’