Tiket kapal terbang tipu, lelaki ini terima padah

Tiket kapal terbang tipu, lelaki ini terima padah. Pekerja ladang dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana memperdayakan agensi pelancongan untuk menyerahkan tiket penerbangan membabitkan kerugian RM26,588.

Tertuduh T Haans Raaj, 22, dikenakan hukuman berkenaan selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan yang dibaca jurubahasa di tiga mahkamah berasingan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menipu tiga syarikat pelancongan iaitu Across Travel & Tours Sdn Bhd, Tabung Haji Travel & Services Sdn Bhd dan Sedunia Travel Sdn Bhd untuk menyerahkan tiket penerbangan dengan cara membuat pembayaran melalui transaksi tidak wujud.

Perbuatan itu mendorong kesemua mangsa menyerahkan wang masing-masing berjumlah RM4,960; RM15,397 dan RM6,231 kepada tertuduh membabitkan nilai keseluruhan RM26,588.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara 8 Jun sehingga 16 Disember lalu di tiga lokasi berasingan di sekitar Kuala Lumpur.

Tiket kapal terbang tipu, lelaki ini terima padah

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun serta sebat atau boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Tertuduh bagaimanapun merayu hukuman minimum diberikan kerana hanya bekerja di ladang di Pahang, dengan pendapatan RM1,500 dan perlu menanggung keluarga kandung serta keluarga angkat.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nadia Eleena Jamaluddin Akbal, B Sareeka dan Nur Hafiezah Mohamed Fauzi.

Selepas mendengar rayuan tertuduh dan hujahan pihak pendakwaan, Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim, Wong Chai Sia dan Aina Azahra Tun Ariffin masing-masing menjatuhkan hukuman penjara satu tahun bermula dari tarikh tangkap serta satu sebatan untuk setiap pertuduhan itu.

BACA:

Video tular tikus jilat ayam goreng, KKM mula siasat

Ameng Spring tak setuju dengan ‘permintaan’ Yasin

Bapa potong kemaluan anak ketika sedang tidur, ini puncanya