Tok Mat dituntut letak jawatan, ini puncanya

Tok Mat dituntut letak jawatan, ini puncanya. Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan, wajar meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO, atas kekhilafan strategi hingga BN kalah teruk, dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi Naib Ketua UMNO Bahagian, Datuk Muhammad Anuar Mohd Yunus, berkata kegagalan Mohamad mengotakan janjinya, termasuk mengekalkan penyandang Ahli Parlimen dan kriteria ‘Winnable Acceptable Likeable’, (WALI) mengakibatkan berlaku kehilangan kepercayaan penyokong secara keseluruhan. Beliau berkata, selari dengan kenyataan media Mohamad yang akan melepaskan jawatan jika BN tewas, hendaklah dikotakan.

Katanya, ketidakcekapan pimpinan UMNO mengurus perjuangan dan usaha mengembalikan kepercayaan rakyat kepada parti mengakibatkan BN tewas teruk dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi wajar melepaskan jawatan Presiden UMNO.

Tok Mat dituntut letak jawatan, ini puncanya

“Kami mengucapkan terima kasih atas sumbang baktinya selama memimpin. Namun, penolakan jelas rakyat terhadap UMNO atas kebimbangan mereka parti ini dipimpin oleh beliau terpaksa diambil kira bagi meletakkan semula kepercayaan rakyat, seterusnya mengembalikan UMNO di hati mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pengerusi BN, Ahmad Zahid digesa meletak jawatan Presiden UMNO. - Foto NSTP/ASWADI ALIAS

Muhammad Anuar berkata, perbincangan dan usaha menyatukan UMNO dan BNdengan Pakatan Harapan (PH) tidak boleh diterima kerana UMNO menegak syiar agama dan perjuangan masa depan Melayu dan Bumiputera,

Katanya, persefahaman dengan PH yang dikuasai DAP ialah pengkhianatan paling besar dan mereka yang bersekongkol dengan usaha ini tidak boleh dikompromi daripada ditolak parti.

“Semua pemimpin UMNO yang jelas dilihat dekat di hati rakyat, hendaklah diberikan tempat dalam kepimpinan Majlis Tertinggi UMNO.

“Mereka jelas menjadi perhatian rakyat melalui pertambahan majoriti kemenangan yang ketara. Mereka berjaya merampas kembali kawasan yang sebelum ini tewas, terutamanya kawasan bandar,” katanya.

BACA:

Joey & Watie kongsi rahsia anak cemerlang pelajaran, kena tegas

Pakai baju kurung tapi pegang rokok, Sakinah kena bambu dengan netizen

Safawi bakal nikahi Syifa Melvin? Penyokong dah start nyanyi lagu ini