‘Tu yang ada pelakon boleh tutup aurat dengan sempurna dalam filem kerana itulah profesional bagi mereka tetapi tayang aurat mereka selepas filem’.
Pernah tak kita tengok filem atau drama sehingga kita kesian pada hero (protagonist) dan bengang gila pada watak jahat (antagonist) dalam tu?
Ramai yang angguk ketika membaca sambil terkenang watak hero & antagonist favourite mereka. Adakalanya kerana hebatnya lakonan mereka sehingga kita terbawa-bawa dalam kehidupan seharian kita.

Pernah ada pengalaman melihat ibubapa kita terpacak depan TV dengan aksi dan mungkin ada yang sampai nak tumbuk TV tu apabila antagonist muncul?
Pernah anda menitis airmata kerana ada babak-babak sedih yang diiringi muzik untuk menjadikan anda lebih ‘feeling’? Ada yang mungkin terkenang persamaan perasaan yang dilalui hero dengan kehidupan peribadi mereka.
Siapa tak setuju dengan perspektif kita tentang jahatnya antagonist dan hebatnya hero dalam cerita tu, kita sanggup debat berjam-jam di medsos, kedai kopi hatta adakalanya suami isteri tak bertegur sapa.
Hebat produser dan pelakon-pelakon sehingga mampu mempengaruhi emosi kita semua.
Hero & antagonist bergaduh sakan dalam cerita tu tetapi selepas kamera berhenti ‘roll’ (rakam), mereka lepak bersama, minum, hisap rokok, borak santai macam takde apa tetapi apabila kamera ‘roll’ sekali lagi, mereka bergaduh lagi, untuk penonton katanya.
Dalam filem A, mungkin mereka berdua bersaing tetapi untuk filem B, kedua-duanya bergabung dan bersaing pula dengan orang lain. Pelakon ini hanya melakonkan watak yang diminta oleh pengarah. Nak main watak apa pun ok je janji dibayar.
Tu yang ada pelakon boleh menutup aurat dengan sempurna dalam filem kerana dibayar kerana itulah profesional namanya bagi mereka tetapi ditayang aurat mereka selepas filem.
So bagi kita sebagai penonton ini, tak perlulah terlalu beremosi menonton filem ataupun drama. Ianya sekadar lakonan. Pelakon yang bergaduh di dalam filem itu sebenarnya berkawan di luar filem. Pi mai pi mai tang tu juga.
Take it easy. Jangan gaduh-gaduh. Kita gaduh-gaduh pertahankan hero kita pun, beli popcorn sendiri bayar dan tengok wayang pun kena bayar juga tiket untuk masuk bukannya masuk percuma pun.
Bila saya tengok wayang, saya neutral dan ambil pengajaran dari jalan cerita filem. Saya tak berminat nak berdebat dengan siapa-siapa pun tentang filem apa yang terbaik dan pelakon mana yang terbaik.
Saya bayar untuk tiket, kalau saya jadi diehard fans pun, yang kaya ialah pelakon dan pengarah bukannya saya. Sebagai penonton, jangan terlupa akan watak dan peranan kita kerana pelakon ada watak dan peranannya.
Teringat pula lirik Amuk; “Aku Mahu Pulang”
Aku manusia pelakon cerita
Di pementasan alam ciptaan-Nya
Bukan sengaja melanggar arahan
Kadang terlupa watak dan peranan aku manusia
BACA :