‘Tuan pernah tak rasa give up masa dalam perjalanan kayuh basikal ke Mekah dengan isteri?’

“Tuan Ahmad, pernah tak rasa give up masa dalam perjalanan kayuh basikal ke Mekah dengan isteri?”

Ini diantara soalan wajib moderator bila panggil aku & isteri untuk kongsi cerita.

(AWAS : Cerita terlalu panjang tapi berbaloi baca, aku rasalah, haha)

'Tuan pernah tak rasa give up masa dalam perjalanan kayuh basikal ke Mekah dengan isteri?'

“Banyak kali!” jawab aku.

Bila aku jawab macam tu, suasana jadi sepi, mata audience semua fokus kepada apa yang aku nak cerita.

Banyak sebab aku rasa nak putus asa & burn out, lagi-lagi perkara yang melibatkan duit.

Yelah, aku mulakan perjalanan dengan RM1,900 je, masalah duit tu memang ada je selama 15 bulan kami kat atas jalan.

Tapi masa tu aku tak ceritalah kat media sosial. Kalau cerita confirm kena kecam berjemaah punya! haha

Bukan kita tak tahu Nurtizen di Malaysia ni padu-padu belaka!

“Siapa suruh buat kerja gila, padan muka!”

“Takde sape suruh kau kayuh ke Mekah, pandai lah kau nak hidup!”

So aku decide telan sendiri je lah, aku sendiri yang pilih jalan ni.. haha.

Aku teringat kisah masa di Pakistan, masa Adilah masuk hospital, sikit lagi nak jadi gila masa tu.. haha.

Nak aku share cerita kat Pakistan ni?

Teruskan baca, kalau tak nak pun takpe, teruskan scroll..

Ceritanya agak panjang, aku cuba simpulkan sependek mungkin, kalau nak baca drama penuh boleh selak Buku Ustazah Basikal.

1. Di Pakistan, kami melalui jalan diantara paling bahaya di dunia iaitu Karakoram.

2. Mana tak bahaya, jalan pergunungan sempit, sebelah jalan terus gaung. Orang nak naik kereta lalu sana pun fikir 2,3 kali. Kami boleh bantai naik basikal je kat sana.

3. Seorang mamat Pakistan kata kat kami, “Korang kena pergi Deosai Peak, tempat tu cantik gila, rugi tak pergi!”

4. Kami buka Google & search ‘Deosai Peak’. Macam Syurga kat dunia weh!! (Amaran! Jangan google kalau tak nak tidur malam tak lena)

5. Deosai Peak tiada dalam route kami, kami tahan kereta 4×4 tepi jalan & minta izin bawa kami ke Skardu, tempat terletaknya ‘syurga dunia’ ni.

6. On the way ke Skardu, line telefon terputus! Aku lupa nak beritahu family yang kami dah keluar dari route asal!

7. Sampai Skardu, kami sambung kayuh ke ‘Syurga Dunia’ tu.

8. Tanpa kami sedari, rupanya Deosai Peak ni ketinggian dia sama macam Gunung Kinabalu weh! 4 hari kami kayuh baru sampai kat Deosai Peak ni!

9. Masa tu Adilah dah mula sakit, dia kena AMS. Muntah-muntah & tak boleh nak berjalan.

10. Dipendekkan cerita, aku turun dan bawa Adilah pergi ke hospital.

11. (Banyak perkara tak masuk akal berlaku sepanjang kami di Deosai Peak hinggalah ke hospital, tapi aku tak nak kongsi sini sebab panjang sangat, korang baca Buku Ustazah Basikal)

12. Sampai ke hospital, Adilah terus masuk ICU sebab badan dia dah lembik gila, sebab dah 3 hari makanan tak boleh masuk dalam badan dia. Bila makan je mesti muntah balik.

13. Aku dah seram dah, sebab duit yang ada tinggal RM1,000 je dalam bank. Sebab aku tahu, hospital kat luar negara tak murah weh!

14. Aku baru teringat dah 7 hari aku tak telefon family aku. Aku terus telefon rumah.

15. Abi angkat dan tanya khabar. Abi tahu kami kat hospital & tanya aku ada duit tak? Aku jawab ada, walaupun aku tahu duit tu tak cukup pun!

16. Aku plan untuk cari kerja di Skardu untuk bayar kos Adilah di hospital, aku ingat 1 hari je, 3 hari weh Adilah kena tahan wad! Masak aku!!!

17. Dipendekkan lagi cerita, lepas 3 hari, aku masih belum dapat kerja, sebab apa? Sebab aku tak minta kerja pun, introvert aku terlalu dahsyat weh sampai tak berani nak tanya minta kerja walaupun terdesak!

18. Adilah dah sihat & tanya aku. “Bila nak sambung kayuh bang? Bosan la duduk kat hospital ni”. Dia tak tahu laki dia tengah pening nak bayar kos hospital ni macam mana! haha.

19. Kami bersiap untuk keluar hospital, otak aku ligat fikir macam mana nak bayar untuk kos 3 hari ni! Dah la Adilah duduk dalam bilik special, orang tempatan pun semua duduk kat hall.

20. Sampai kat kaunter je, pegawai tu tanya nak pergi mana? Aku cakap nak keluar, Adilah dah sihat.

21. Pegawai tu tak bagi keluar! Dia suruh duduk lagi 2 hari lagi weh!

22. Gila! 3 hari punya kos pun aku rasa tak mampu nak bayar, ini pula nak tambah lagi 2 hari? Memang tak laaahhhh.

23. Aku insist nak keluar juga. Pegawai tu mengalah, dia kata boleh dengan bersyarat sebab masa tu kawasan situ bahaya untuk kami keluar. (Sebab apa bahaya? Saya ada cerita dalam buku Ustazah Basikal)

24. Aku setuju & minta bil hospital pada pegawai tu. Pegawai tu berkerut dan tanya, bil apa?

25. Buat lawak pulak diorang ni, bil hospital lah! Bil Adilah duduk sini 3 hari.

26. Jawapan pegawai tu sampai sekarang aku tak boleh lupa. “You dont have any bill, Pakistan Government already paid for you!”

26. Aku terdiam. Adilah mula menangis kat sebelah aku. Beban seberat sebiji banglo atas kepala aku hilang macam tu je

27. Kami tak tahu apa yang sedang berlaku? Apa yang menyebabkan urusan kami dimudahkan sebegitu rupa? Adakah doa kami sebagai pemusafir dimakbulkan Allah serta merta?

28. Rupa-rupanya bukan, disebalik urusan kami dimudahkan rupanya ada 1 cerita yang kami tak tahu.

29. Selepas kejadian di Pakistan tu, aku telefon Ummi, aku pasang loudspeaker untuk Adilah dengar sama.

30. “Apa hikmah yang Angah dapat sepanjang di Pakistan?” tanya Ummi.

31. Aku pun excited cerita macam mana kami mengharungi detik cemas sehinggalah semuanya dipermudahkan.

32. “Angah nak tahu 1 cerita tak masa Angah & Adilah hilang dulu, ada perkara yang berlaku di Malaysia?”

33. Ummi cerita, waktu yang sama Adilah masuk hospital, ada seorang pelajar Indonesia juga masuk ke hospital di Malaysia akibat kemalangan.

34. Pelajar tu tak dibenarkan masuk ke ICU selagi tak bayar RM2,000.

35. Pelajar tu takde keluarga di Malaysia, mak dia minta tolong Ummi tengok-tengokkan anak dia.

36. Ummi keluarkan saving Ummi dan bayar duit tu pada hospital.

37. Masa tu Ummi doa, “Ya Allah, dengan duit yang aku bantu pelajar ini, kau bantulah anak-anak kami di Pakistan yang dah lama aku tak dengar cerita..”

38. Tanpa kami sedari, Ummi, aku & Adilah menangis teresak-esak

39. Ya Allah…!!! Rupa-rupanya DOA UMMI!

40. Doa Ummi sebenarnya yang menyebabkan urusan kami dimudahkan di Pakistan. Disaat aku takde duit, Allah hantar bantuannya tepat pada masanya! Semuanya sebab doa ummi…

Tuan puan yang mulia..

Kita semua pernah mengalami situasi macam kami ni..

  • Burnout
  • Putus asa
  • Struggle
  • Hopeless
  • Stress
  • Anxiety
  • Dan sebagainya..

Ingatlah, ada doa-doa keramat yang tiada hijab, doa mereka terus diangkat ke langit ke-7.

Boleh jadi doa kita tak dimakbulkan asbab dosa-dosa kita, boleh jadi Allah angkat doa orang lain sebab ikhlas mendoakan kita.
Bila kita susah..

  • Minta Mak Ayah doakan.
  • Minta isteri doakan.
  • Minta suami doakan.
  • Minta keluarga doakan.
  • Minta kawan-kawan doakan.

Sekurangnya jika doa kita tak diangkat, Allah angkat doa salah satu daripada mereka.

BACA :

Peniaga jujur kongsi tips pilih durian isi penuh, tengok bentuk & pangsa
Anak banggakan Datuk Ac Mizal & Datin Emylia, “As your dad, I’m super proud of you”