Tular di media sosial kes sembelih dan makan daging kucing

Kejadian makan daging kucing di Indonesia kembali diperkatakan apabila sebuah video menunjukkan haiwan comel itu disembelih seorang lelaki tular di media sosial.

Menurut laporan Suara.com, satu kemas kini di Instagram @rumahsinggahclaw, satu rakaman video memaparkan lelaki sedang menyembelih seekor kucing dan mengasingkan organ dalamannya untuk dijadikan hidangan.

“Tolong kongsi hingga sampai ke tangan pihak berwajib. Berlaku lagi kes bunuh dan makan daging kucing. Hukuman di negara ini terlalu lemah,” tulis status di video itu.

Rakaman video itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-rata mengecam perbuatan individu berkenaan dan berasa tidak sanggup melihat haiwan comel itu dijadikan makanan.

“Dunia sekarang semakin parah, kita perlu berhati-hati membeli daging kerana takut dicampur dengan daging haiwan seperti ini yang dilarang makan,” tulis seorang pengguna media sosial.

JIKA ANDA TERLEPAS : Tular wanita pamer aksi tidak senonoh dalam tren ditangkap pihak berkuasa

“Sakit hati melihat video ini, sesungguhnya pelaku itu iblis bertopengkan manusia,” komen seorang lagi.

Berita penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/07/12/kes-sembelihmakan-daging-kucing-tular-lagi/?utm_source=dable