Tular gadis cantik kerja angkat simen, niat bantu mak ayah

Tular gadis cantik kerja angkat simen, niat bantu mak ayah. Seorang remaja perempuan menjadi perbualan di media sosial dek kerana bekerja sebagai kuli angkat simen. Tujuan utama gadis tersebut adalah untuk membantu ibu bapanya mencari rezeki.

Berdasarkan video di TikTok, remaja yang dikenali sebagai Nur Halisa itu sedang berada di sebuah bangunan sambil mengangkat simen turun dari sebuah lori. Halisa telah memikul simen itu satu persatu untuk dimasukkan ke dalam bangunan tersebut seperti seorang yang sudah terbiasa.

https://www.tiktok.com/@nurhalisa1__/video/7083383578180078874?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=6974778065608328706

Halisa memaklumkan bahawa dia kesian melihat ibu bapanya yang bersusah payah mencari rezeki. Oleh itu, selagi dia masih berkemampuan dari segi fizikal dan mental, maka dia akan berusaha untuk membantu mereka.

“Saya kesian tengok ibu ayah saya bekerja, sebab itu saya nak tolong mereka berdua. Sementara masih ada masa, berbaktilah kepada ibu bapa, jangan lupa menjadi bersyukur kerana membantu ibu bapa kamu,” katanya.

https://www.tiktok.com/@nurhalisa1__/video/7086437969732619547?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=6974778065608328706

Tambahnya, dia mahu netizen yang melihat video itu sentiasa bersyukur dan tidak mengeluh dengan sebarang pekerjaan yang dibuat.

“Semuanya perlukan proses, walaupun ia berat tetapi hasilnya juga tidak kurang hebatnya, In sya Allah jangan lupa bersyukur kerana membantu ibu bapa anda,” ujarnya.

Orang ramai terharu dengan usaha gigih Halisa dan mendoakan agar dia menjadi wanita berjaya pada masa hadapan. Semoga segala urusan Hasliza dipermudahkan di masa hadapan!

Tular gadis cantik kerja angkat simen, niat bantu mak ayah

BACA:

WHO jangka wabak besar akan melanda dunia lagi, masih jauh fasa endemik

Wanita berang pekerja kedai perfume terkenal layannya macam orang tak ada duit

Sampai masuk berita TV3, gadis tak sedar dirakam ketika sedang menari, sekali ini rupanya terjadi