Tular video cctv lelaki cium kepala wanita pula

Belum pun reda kisah tular anggota tentera menghisap jari seorang gadis, kini tersebar pula video seorang lelaki mencium kepala seorang wanita di laman Twitter.

Menerusi pendedahan yang dibuat oleh mangsa dikenali sebagai @nabshelby, kejadian tersebut sudah dua kali berlaku terhadapnya.

Lebih memalukan, perbuatan itu dilakukan oleh rakan sekerja yang berstatus suami orang.

BACA JUGA : Pelantun lagu Zalikha kahwin bulan ini

“Salam semua. Saya minta viralkan perkara yang saya sembunyikan. Saya dicium di kepala oleh salah seorang staf lelaki di tempat kerja saya.

“Saya dah buat report ada bukti semua tapi dia dijamin oleh isteri dia. Saya nak viralkan sampai isteri dia tahu,” ciapnya.

Video berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dalam sebuah pejabat itu, memaparkan tindakan lelaki berkenaan mencium kepala mangsa yang dilihat seperti sengaja dengan memberi alasan bahawa ingin mengambil cop yang telah terjatuh.

BACA JUGA : Pandora papers dedah 10 ahli politik Malaysia simpan kekayaan di luar negara, ini apa yang anda perlu tahu

Dedah mangsa lagi, lelaki itu turut ingin memberi wang berjumlah RM50 selepas kejadian itu kerana berasa serba salah.

“Dan anda ingin tahu perkara paling tak senonoh dia buat? dia ingin beri saya RM50 hanya kerana dia rasa serba salah” katanya.

Pengguna Twitter berkenaan menjelaskan, dia mendedahkan video tersebut adalah kerana ingin aksi lelaki itu dilihat oleh isteri lelaki berkenaan selain menyeru orang ramai yang pernah menjadi mangsa sepertinya tampil ke membuat laporan polis.

Bagaimanapun video yang dimuat naik oleh nabshelby di Twitter itu, didapati telah pun dipadam.

Sumber – MP