Tular video ‘pak belang’ main belakang rumah siap masuk dalam bekas tadah air

Tular video ‘pak belang’ main belakang rumah siap masuk dalam bekas tadah air. Jarang Boleh Tengok Perangai Macam Ni, Gelagat Harimau Ini Raih Perhatian Ramai. Bila sebut sahaja pasal harimau, pasti ramai yang membayangkan kebengisan dan bahaya haiwan itu yang sememangnya memberi ancaman sekiranya didekati.

Namun, siapa sangka bahawa haiwan itu juga sebenarnya boleh menjadi comel seperti seekor kucing tetapi di dalam versi yang tidak boleh dibelai.

‘Pemandangan’ yang jarang dilihat itu dapat dilihat menerusi satu video yang dimuatnaik di akaun Facebook. Menerusi video itu, seekor harimau dilihat di sebuah hutan sedang bersantai dalam sebuah besen yang dipenuhi air dengan gaya yang comel.

Tular video ‘pak belang’ main belakang rumah siap masuk dalam bekas tadah air

Harimau itu pada awalnya mengelilingi tangki tersebut sebelum masuk ke dalam berendam dan membuat gaya santai.

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang ‘geram’ dengan melihat kecomelan haiwan itu dan berkata bahawa ia merupakan momen yang jarang dilihat.

BACA:

Dr Amalina amal berpantang cara pantas, tak perlu tunggu 40 hari hanya 4 hari sahaja

5 maksud tersirat gantung patung mainan dekat kereta ini dibongkar

Pemandu myvi buat ‘content’ samseng jalanan dalam pemerhatian polis