Tular video peguam terjun dari bangunan tertinggi di Sarawak

Seorang lelaki dipercayai seorang peguam maut selepas terjun dari Wisma Sanyan, bangunan tertinggi di Sarawak pada jam 2 petang sebentar tadi.

Video tindakan lelaki terbabit tular di media sosial.

Sebelum jatuh, video merakamkan mangsa berada di tingkat 22 bangunan tersebut sedang berpaut di hadangan.

BACA JUGA : Terbongkar kisah sebenar runtuhan WTC 9/11

Korban memakai tali leher berbaju kemeja putih dan berseluar hitam sambil memakai pelitup muka.

Kejadian itu mengemparkan penduduk Sibu yang melihat insiden tersebut sama ada di tempat kejadian dan rakamanya tular di media sosial.

Seorang peguam menemui ajal selepas terjun dari tingkat 22, Wisma Sanyan di sini, dipercayai kerana mengalami depresi.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, mangsa, Wee Wui Kiat, 42 ditemui dalam keadaan berlumuran darah di kawasan tempat letak kereta bangunan berkenaan pada jam 1.40 tengah hari.

Menurut beliau, siasatan mendapati Wui Kiat mengalami kemurungan selepas berpisah dengan isterinya yang juga seorang peguam di Kuching.

“Keterangan daripada saudara mara dan rakan mangsa memberitahu, dia mengalami depresi selepas rumah tangganya berdepan masalah hingga mengakibatkan perceraian,” katanya kepada Getaran hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Stanley Jonathan Ringgit berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung kes itu pada jam 1.30 tengah hari.

“Pada masa kejadian terdapat, enam petugas sedang berehat di tempat kerja masing-masing dan tidak perasan kehadiran mangsa di lokasi kejadian.

“Mangsa jatuh di atas jalan raya di depan bangunan itu dan mengalami kecederaan parah termasuk putus kaki kanan.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sibu untuk tindakan lanjut,” katanya.

Stanley berkata, siasatan awal tidak menjumpai sebarang unsur khianat dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Sumber : https://www.mhdaily.net/tular-video-peguam-muda-terjun-dari-tingkat-22-wisma-sanyan-sarawak/