Tular video pengantin perempuan histeria ketika akad nikah

Setiap pasangan yang bercinta sudah pastinya mempunyai impian untuk menghalalkan perhubungan tersebut dan hidup bersama buat selama-lamanya.

Perancangan yang rapi perlu dilakukan oleh kedua-dua pihak bagi memastikan majlis pernikahan berjalan dengan lancar.

BACA JUGA : M2U tidak lagi beri SMS TAC untuk transaksi lebih RM2,000 mulai Oktober ini

Namun, seperti video dikongsi seorang gadis dari negara Indonesia, dikenali sebagai Sulissetiyawati86 di laman TikTok memaparkan satu kejadian ‘aneh’ yang menimpa pengantin wanita.

@sulissetiyawati86tengah ijab kabul ,ada bayangan lewat di atas ceweknya,kira kira kenapa ya man teman♬ suara asli – Mami Aurellia

Menerusi video tersebut, pengantin wanita itu dilihat secara tiba-tiba meracau ketika Tok Kadi membaca doa sebelum dia ditenangkan oleh lelaki yang berada di sebelahnya.

Keadaan di situ menjadi cemas dan pemilik video tersebut mendakwa terlihat kelibat yang melintas di atas kepala pengantin wanita. Video tersebut bagaimanapun, meraih pelbagai respon daripada netizen yang ingin mengetahui punca kejadian tersebut.

BACA JUGA : BMW M3 bakal jadi kenderaan rasmi PDRM?

Menjengah ke ruangan komen, terdapat netizen yang mendakwa ‘benda’ tersebut mungkin dihantar oleh bekas kekasih wanita ini gara-gara putus cinta. Namun, ketika artikel ini ditulis tiada info lanjut berhubung kejadian ini.

Sumber : https://ohbulan.com/video-nampak-benda-melintas-masa-akad-nikah-pengantin-wanita-tiba-tiba-meracau-macam-kena-sampuk