Tular video Syamsul dan Kazar di kedai emas, ini respon Puteri Sarah

Tular video Syamsul dan Kazar di kedai emas, ini respon Puteri Sarah. Sebelum ini, Puteri Sarah memberitahu dia tidak kisah mengenai video viral di antara suaminya, Syamsul Yusof dan Kazar di sebuah kedai emas. Tambah Sarah, dia tidak berasa hairan sekiranya suaminya itu mahu membayar saman Ira Kazar.

Terbaru, pelakon drama ‘Dunia Anita’ itu memuat naik sebuah posting mengenai Istidraj di Instagram Story miliknya. Eh siapa pulak tu?

Menerusi sebuah video di TikTok @Rghaikimbyeongho, Syamsul dan bapa kepada Ira iaitu Kazar Sanusi hadir ke sebuah kedai emas.

Dalam rakaman tersebut, kedua pelakon itu seakan sekadar membuat ‘content’ sambil memegang beberapa perhiasan emas. Bagaimanapun, tindakan Syamsul dan Kazar itu kurang disenangi ramai memandangkan isu rumah tangga pengarah Mat Kilau itu dilihat masih belum berkesudahan.

Tular video Syamsul dan Kazar di kedai emas, ini respon Puteri Sarah

Menerusi tinjauan OhBulan! Sarah kemudian dilihat memuat naik sebuah posting mengenai istidraj.

Istidraj bermaksud pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Tidak dapat dipastikan perkongsian itu ditujukan kepada siapa, namun ramai beranggapan ianya merujuk kepada suaminya.

Terdahulu, peguam yang mewakili Puteri Sarah iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader memberitahu mahkamah sudah menetapkan tarikh 23 Ogos ini untuk pengurusan kes seterusnya. Dalam pada itu, peguam juga memaklumkan mahkamah turut mengekalkan perintah interim injuksi. Defendan (Ira Kazar) diperintah berhenti mengeluarkan, menyebarkan dan menghantar sebarang kenyataan atau apa saja bentuk gangguan terhadap Puteri Sarah dalam media sosial sehingga kes perbicaraan penuh.

BACA:

Gara-gara tak dapat ilham, Ahmad Nawab pulangkan bayaran RM22,000

Fazura luah rasa seronok dapat berniaga di Pasar Siti Khadijah