Ular sawa dalam bonet, pomen semua terkejut

Ular sawa dalam bonet, pomen semua terkejut. Kami yakin mesti tidak ramai antara anda yang tidak memeriksa bahagian bonet kereta sebelum menggunakannya, malah mungkin memang tidak pernah buka atau periksa kecuali ketika servis atau kereta ada masalah.Hantar Kereta Ke Bengkel Untuk Dibaiki, Terperanjat Besar Saat Menemui Ular Sawa Menyorok Di Bonet.

Seorang pemilik akaun Twitter @nrsyhni atau Sya menceritakan kejadian yang mengejutkan apabila seekor ular sawa ditemui berlingkar di dalam bonet kereta milik pakciknya. Kereta tersebut pada mulanya mahu dibaiki kerana rosak.

“Pakcik saya bawa kereta dia ke bengkel dan terjumpa ini (ular sawa). Besar sangat, rasa nak menangis,” – tulisnya.Ular Sawa Besar Ditemui Berlingkar Dalam Bonet Kereta.

Ular sawa tersebut kelihatan agak besar dan menerusi video yang dikongsikan, ular berkenaan sudah menyusur masuk ke bahagian enjin kereta.Ular Sawa Besar Ditemui Berlingkar Dalam Bonet Kereta.

Dalam video perkongsian wanita ini, beberapa orang anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) sedang berusaha untuk mengeluarkan ular berkenaan dari bawah kereta.Ular Sawa Besar Ditemui Berlingkar Dalam Bonet Kereta.

Ular sawa dalam bonet, pomen semua terkejut

Kereta tersebut terpaksa diangkat menggunakan lift jack bagi memudahkan usaha menarik ular sawa tersebut agar keluar dari kereta. Akhirnya selepas lebih kurang sejam, ular tersebut telah berjaya dikeluarkan.

Video dan gambar ular sawa tersebut menjadi tular dan meskipun perkongsian tersebut mungkin mahu memberi peringatan agar sentiasa memeriksa bahagian bonet kereta, namun lain pula yang mencuri perhatian netizen. Rata-rata netizen memuji kulit ular tersebut yang dianggap agak cantik berkilat.

“Walaupun kulit dia lawa dan elok, tapi gerun membayangkan buka bahagian enjin dan ular sawa terus sambar muka,” komen pengguna lain.Ular Sawa Besar Ditemui Berlingkar Dalam Bonet Kereta.

Selain itu, beberapa pengguna wanita membayangkan bahawa jika kejadian tersebut berlaku terhadap mereka, mereka pasti akan trauma dan terus menjual kereta tersebut.

BACA:

Isu sejadah : Diva AA bersemuka dengan Azza, “Apa masalah kau?”

“Kalau aku tiba2 mati, tolong jagakan Nina dan Musa”, ucapan Noh jadi tular

Pemilik akaun TikTok popular mati, dakwa kena ‘buli’ di media sosial