‘Untuk pertama kali saya mengamuk, saya naik hantu bila suami sebelahkan mak dia and nak naik tangan kat saya’

Untuk pertama kali saya mengamuk & meluahkan segala rasa yang terbuku dihati. Akibatnya suami halau saya dengan anak-anak.

Saya dah tawar hati tapi saya tetap bertahan kerana fikirkan anak-anak. Bukan sekali tapi banyak kali dah kena macam ni.

Jadi menantu yang tak berharta and miskin ni sangat dipandang hina sebab tak reti melaram takde class and hidup menumpang harta suami.

'Untuk pertama kali saya mengamuk, saya naik hantu bila suami sebelahkan mak dia and nak naik tangan kat saya'

Dapat pula kak ipar talam dua muka. Allahuakbar. Kesabaran dah hilang .

Saya meniaga online je dengan jual tepung ayam goreng. Hasil yang tak seberapa tulah saya hulur juga duit untuk barang dapur rumah mak mertua.

Suami bekerja dengan ibu dia, bisnes sekarang tak macam dulu and tak berapa untung . Jadi sayalah jadi punching bag dilepaskan segala rasa marah suami and mak dia.

Walau saya tak bekerja , hanya meniaga online tapi lah yang kemas rumah , basuh baju sidai baju and masak untuk 6 mulut yang ada dirumah mak mertua.

Rumah tu ada suami , saya dan anak saya. Adik suami 3 orang pun tinggal brsama. Ayah mertua jarang balik and lebih banyak masa dirumah isteri kedua.

Saya buat kerja rumah tanpa rungutan. Mereka keluar berniaga tengahari balik malam semua saya dah selesaikan.

Balik mereka cuma tidur and rehat. Baju mereka saya cuci siap lipat and susun . Bekas-bekas barang berniaga saya yang cuci dengan anak.

Sebab kesian suami and mak mertua penat. Tapi tetap tak dipandang, tetap dilayan ibarat sampah.

Kemuncak nya kelmarin dalam group wasap saya disindir lagi sebab tak basuh baju adik-adik ipar yang berlongok.

Diorang balik dari kl and baju-baju semua longgok atas lantai dlm bilik.

Saya kebetulan demam and sgt tak larat. Mak balik berniaga tengok baju-baju tu semua dia mengamuk and marah sambil masuk bilik hempas pintu.

Tak cukup dengan tu dalam group keluarga, kena sindir lagi. Suami marah masa makan pagi kenapa saya tak basuh baju tu semua saya duduk rumah je tak buat apa itupon takleh buat.

Saya cakap saya demam bang kepala pening. Mak datang dair belakang terus hambur dengan kata-kata kesat and bgtau saya mengadu dengan kakngah ( kak ipar) macam-macam. Sedangkan saya tak cakap apapun.

Saya naik hantu bila suami sebelahkan mak dia and nak naik tangan kat saya.

Yaallah , saya rasa macam nak ambik pisau and tikam diri saya sendiri.. biar diorang puas . Saya dah nekad nak kumpul duit and pergi dari rumah mak mertua.

Biar lah saya hidup sendiri. Saya tak sanggup lagi.

Say takde sesiapa dah dalam hidup saya. Sakitnya perasaan ni kena hina dengan suami and keluarga.

BACA :

[VIDEO] Yuran tadika anak RM1.3 juta, hadiah untuk cikgu RM32k, ‘Resit wajib tayang’
Sakit bersalin Czer masih belum hilang, ibu lahirkan anak kedua lepas 11 bulan, ‘Sakit hati tengok suami dia.. tak sabar sangat’
Ayah sakit strok jadi wali akad nikah bikin netizen sebak, ‘Tak sengaja air mata mengalir, rindu bapa’