Ustaz ini dedah salah faham rakyat Malaysia tentang poligami, ini yang betul…

[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Hide” ]Ustaz ini dedah salah faham rakyat Malaysia tentang poligami, ini yang betul… poligami dalam islam maksud poligami poligami maksud syarat poligami free malaysia today shopee malaysia malaysia chronicle lazada malaysia malaysia kini bursa malaysia malaysia malaysia news ikea malaysia utusan malaysia ustaz ebit lew ustaz budak ustaz wadi anuar ustaz ustaz kazim elias ustaz kazim ustaz muhaizad [/bg_collapse]

 

Banyak orang kata bahawa poligami itu merebut suami orang.

Ralat :
Yang benar adalah poligami itu memiliki suami secara bersama-sama yang sah menurut syariat agama.

2. Banyak orang kata bahawa poligami itu harus mendapat izin isteri tua.

Ralat :

Poligami itu tidak perlu izin kepada isteri, ketika Rasulullah SAW menikahi wanita Yahudi cantik bernama Shafiyyah binti Huyay al Akhtab. Rasulullah SAW memberitahu Saidatina Aisyah bahawa beliau menikah dengan Shafiyyah. Ini membuat Saidatina Aisyah cemburu sekali dan mengatakan : “Ia seorang wanita Yahudi.” Dan dijawab oleh Rasulullah SAW : “Janganlah engkau berkata seperti itu, kerana ia telah masuk Islam, dan baik pula keIslamannya.”

3. Banyak orang kata bahawa poligami berdosa kerana menyakiti perasaan wanita (membuat cemburu).

Ralat :
Poligami itu suami menggunakan haknya, cuma kadang isteri iri, (bukan salah orang yang menggunakan hak tapi salah orang yang iri). Poligami menguji keikhlasan dan keredhaan wanita
terhadap ketentuan Allah. Semakin ikhlas maka semakin banyak pahala. Semakin tidak ikhlas apalagi diwujudkan dalam bentuk kemarahan dan perbuatan mogok maka semakin bertambah dosa.

Kalau masalah cemburu, isteri Rasulullah SAW dan isteri-isteri Sahabat Rasulullah SAW yang berpoligami kadang cemburu satu sama lain. Tetapi ini tidak bererti bahawa Rasulullah SAW dan para Sahabat menyakiti perasaan isteri-isterinya. Kalau diertikan bahawa cemburu itu menyakiti perasaan isteri, maka tidak mungkin Rasulullah SAW dan para Sahabatnya dijamin masuk Syurga oleh Allah. Cemburu adalah wujud tanda cinta isteri kepada suami bukan wujud perlakuan suami menyakiti hati isteri.

4. Banyak manusia yang kata bahawa pengamal poligami zaman sekarang tidak mampu berbuat adil seperti zaman Nabi.

Ralat :
Yang benar adalah bahawa berbuat adil itu boleh dilakukan oleh siapapun, bila-bila masa pun dan di mana pun tidak dibatasi oleh zaman. Jika umat Muhamad tidak mampu berbuat adil dalam poligami maka poligami akan dilarang secara mutlak. Al Quran berlaku sepanjang masa termasuk ayat diperbolehkannya poligami.

5. Banyak manusia yang kata bahawa isteri pertama harus diperlakukan lebih istimewa dibanding isteri kedua, ketiga atau keempat.

Ralat :
Perlakuan seperti itu adalah adat zaman jahiliyyah. Setelah Islam datang maka semua adat itu dikoreksi total oleh Islam. Setelah sah secara syariat menjadi isteri maka semua isteri (R1, R2, R3, R4) mempunyai kedudukan, hak dan kewajiban yang sama terhadap suami.

Ustaz ini dedah salah faham rakyat Malaysia tentang poligami, ini yang betul... poligami dalam islam maksud poligami poligami maksud syarat poligami free malaysia today shopee malaysia malaysia chronicle lazada malaysia malaysia kini bursa malaysia malaysia malaysia news ikea malaysia utusan malaysia ustaz ebit lew ustaz budak ustaz wadi anuar ustaz ustaz kazim elias ustaz kazim ustaz muhaizad

6. Banyak manusia kata, poligami mengambil hak isteri tua.
Ralat:

Dalam poligami suami mengambil/memanfaatkan kuota/haknya sendiri, isteri ke 2, 3, dan 4 juga memanfaatkan haknya sendiri pula. Isteri pertama jika menghalang, mencegah suami atau isteri 2, 3 dan 4 itulah orang yang menghalangi hak 4 orang tersebut.

7. Banyak manusia kata, zaman sekarang poligami hanya menuruti hawa nafsu.

Ralat:
Berpoligami itu mengendalikan hawa nafsu dari perbuatan haram/tercela dan berdosa agar menjadi perbuatan halal/terpuji dan berpahala.

8. Banyak orang kata, kalau mahu berpoligami ala Rasulullah, carilah orang janda yang tidak laku.
Ralat:

Rasulullah SAW tidak menganjurkan memilih janda, justeru menganjurkan memilih gadis, yang sesuai dengan selera sehingga diperbolehkan melihat calon isteri terlebih dulu.

9. Banyak orang kata, poligami hanya mendatangkan masalah.
Ralat:

Poligami mengatasi masalah suami agar lebih mampu mengendalikan pandangan dan farji, dan mengatasi masalah wanita yang memerlukan pimpinan, pengawasan, pendidikan, nafaqah, dan sebagainya.

Wallahualam.
Biar tahu dan sedar hukum Allah kerana kita duduk di bumi milik Allah.

Sumber:

BACA JUGA : Pakar jumpa 5 spesies haiwan baru pada 2021

Gelagat ibu paksa anak baru kahwin malu pegang suami sendiri curi perhatian netizen

JPJ tetap teruskan bidaan nombor plate “BRA” walaupun kedengaran seksis