Ustaz Kazim dedah ada pelawak tanggung bil surau dan masjid, ramai syak pelawak ini…

Ustaz Kazim dedah ada pelawak tanggung bil surau dan masjid, ramai syak pelawak ini…

Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai firdauszuki, dia telah memuat naik semula potongan ceramah dari pendakwah bebas iaitu Ustaz Kazim Elias yang mencerita kebaikan seorang selebriti yang suka bersedekah.

Memetik dari cerita yang disampaikan, Ustaz Kazim memaklumkan yang jiran kepada pelawak berasal dari Johor itu memaklumkan bahawa bil-bil elektrik di masjid dan surau-surau sekitar kampungnya telah dibayarkan oleh pelawak itu.

Ustaz Kazim dedah ada pelawak tanggung bil surau dan masjid, ramai syak pelawak ini...

“Pelawak ni, bil elektrik di masjid, di surau kampungnya dia yang bayar.

“Mak bapak dia pulak, anak tak bagi berniaga dah, tapi sebab ada pekerja, ada yang ibu tunggal, ada yang orang susah. Kalau tutup kedai macam mana dengan nasib pekerja-pekerjanya.

“Orang tak ada duit pergi kedai, dia bagi makan percuma,

“Sejak dulu sampai sekarang dia tak miskin, kedai dia tak tutup, anak dia makin murah rezeki sebab bersedekah,

“Sebagaimana sabda Nabi, tidak akan berkurang harta dengan sebab kita bersedekah,” ujarnya.

@firdaus62056 Allah sayang kepada orang yg suka bersedekah. Semoga perkongsiaan ini memberi seribu manfaat kepada siapa yg mendengarnya. #fypage #fypシ゚viral🖤tiktok☆♡🦋myvideo #dakwah_islam #dakwah #dakwahtiktok #5millionviews #fypシ゚viral ♬ 孤独的牧羊人排箫演奏 – 骆礼钧

Tengok cara kehidupan pun dah tau humble

Menjengah ke ruangan komen, ramai telah memetik beberapa nama pelawak yang berasal dari Johor. Ada di antara mereka merasakan yang pelawak serta selebriti yang dimaksudkan adalah Jep Sepahtu memandangkan ibunya mempunyai kedai makan di kampung halaman.

Mak Jep ada kedai makan di Terminal Kulai

Jep kot, sebab mak ayah dia memang berniaga

Boleh jadi Angah pun sama

Mungkin Jep, sebab orang kampung Sari pun ada bagitahu hal sama

Walau bagaimanapun, Ustaz Kazim tidak pun mendedahkan identiti sebenar selebriti itu, namun apa yang dilakukan sememangnya memberi contoh baik kepada semua lebih-lebih lagi peminatnya yang sentiasa memberkan sokongan.

BACA :

Berita buruk buat pengguna Android, Google akan menutup fungsi ‘Album Archive’