[Video] Banjir kilat di Melaka, anggota bomba hampir lemas

Seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dikejarkan ke hospital selepas dihanyut arus deras ketika sedang menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Sungai Putat, di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, mangsa dikatakan sedang memasang tali di kawasan banjir berkenaan untuk membantu penduduk kampung keluar daripada kediaman masing-masing, memetik laporan Astro Awani.

BACA JUGA : Pas Terengganu bergolak, 3 Exco Terengganu tewas pemilihan PAS

Pasukan bomba terpaksa terpaksa mengambil masa hampir 10 minit untuk membantu mangsa yang dipercayai pengsan ekoran arus air yang terlalu deras.

Mangsa kemudian diberi bantuan pernafasan (CPR) sebelum dibawa ke hospital menaiki Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bomba.