[VIDEO] Buat konten makan roti dengan makanan kucing, pemuda bikin netizen loya tekak

Buat konten makan roti dengan makanan kucing, pemuda bikin netizen loya tekak.

Bagi anda yang mempunyai haiwan peliharaan seperti kucing, makanan mereka adalah perkara yang wajib dibeli setiap bulan

Terdapat pelbagai jenama di luar sana dengan pelbagai khasiat yang ditawarkan. Tapi, iyalah kita hanya perlu bertanya pada yang pakar saja tak akan mahu mencuba makannya pula kan?

Tetapi, tidak. Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang pemuda membuat konten dengan mencuba memakan roti bersama makanan kucing telah membuatkan ramai geli.

Buat konten makan roti dengan makanan kucing, pemuda bikin netizen loya tekak

Lihat video itu di bawah:

Nak cuba makan roti dengan whiskas sampai termuntah-muntah

Menerusi video tersebut, dapat dilihat pemuda itu sedang melakukan sebuah konten untuk videonya.

Dia dilihat memegang roti yang telah disalutkan dengan inti makanan kucing di dalamnya untuk dia mencuba sendiri.

Tindakannya itu membuatkan dia merasa mual dan muntah berkali-kali, namun masih tetap mahu mencuba rasanya.

Image from Twitter

“Bro kau kenapa bro nak arwah cepat ke apa” – Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut geli dan mengecam tindakannya itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 70.5K views, 82 retweets dan 124 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Image from Twitter

Image from Twitter

Image from Twitter

Image from Twitter

Aduhai, kau dah kenapa bang. Admin pun naik mual tengok.

BACA :

Cara buat telur ‘gedik’ yang sempurna, kena masak dalam senduk macam ni
Hilang tiga anak sekaligus, ‘Saya akui ujian ini terlalu berat’
28 tahun terpisah dengan ibu kandung, ‘Terlalu rindu nak peluk anak sampai tak sempat keluar anak itu nak dipeluk cium’