Video dua lelaki bergaduh tepi jalan, netizen ‘kagum’ teknik kungfu digunakan

Video dua lelaki bergaduh tepi jalan, netizen ‘kagum’ teknik kungfu digunakan. Tular sejak semalam video memaparkan pergaduhan di antara dua individu lelaki di pekarangan tempat letak kereta.

Rakaman berdurasi 28 saat itu mengundang pelbagai reaksi orang ramai dan rata-ratanya tertanya-tanya punca pergaduhan tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, lebih menariknya, pergaduhan tersebut dikatakan seperti dalam filem Kung Fu disebabkan pelbagai jurus yang ditampilkan oleh dua individu terbabit.

“Berseni betul pergerakan mereka, macam filem Kung Fu, tukang rakam pun pandai guna teknik rakaman berkesan,” seloroh seorang pengguna.

“Filem Kung Fu terbaru kah? bila keluar dekat wayang, dahsyat,” ujar pengguna lain.

Video dua lelaki bergaduh tepi jalan, netizen 'kagum' teknik kungfu digunakan

Dalam pada itu, ada juga pengguna yang turut menterjemahkan ‘dialog’ dua individu terbabit dalam pelbagai bentuk gurauan.

“Mak kau hijau, mak kau makan sayur banyak sebab itu hijau, kau pun hijau, anak hijau,” gurau seorang pengguna.

BACA:

Lana Nodin gaduh lagi dengan netizen, kali ni sebab roti

Dah kahwin ke belum sebenarnya? Akhirnya MK K-Clique tampil beri penjelasan

Ini punca mengapa GST perlu dikembalikan