[Video] Gara-gara suami malas bersihkan akuarium, wanita nekad goreng ikan arowana

Gara-gara suami malas membersihkan akuarium, seorang wanita dilaporkan telah menggoreng beberapa ekor ikan arowana milik suaminya.

Menurut Suara.com, wanita itu telah memuatnaik video di akaun TikTok @miakurniawan10 dan menunjukkan ikan-ikan yang telah digoreng olehnya.

Menerusi video itu juga, dia menjelaskan sebab mengapa dia menggoreng ikan itu walaupun ia sangat disayangi oleh suaminya. Menurutnya, dia pada awalnya beberapa kali meminta agar suaminya membersihkan akuarium itu, tetapi permintaan itu tidak diendah.

@miakurniawan01 goreng arwana😁#fyp ♬ Singkong & Keju Cover – akhmal.dniel

Dek kerana sudah ‘lemas’ melihat keadaan akuarium itu, dia cuba membersihkannya sendiri. Pun begitu, wanita tersebut tidak tahu cara yang betul untuk membersihkan akuarium itu, membuatkan ikan-ikan di dalamnya menjadi mabuk.

“Gara-gara suami suruh bersihin akuarium janji-janji aja, ya udah aku bersihin sendiri, tetapi akhirnya ikan itu mabuk,” katanya.

Melihat keadaan ikan itu, dia memutuskan untuk menggorengnya.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton sebanyak 5 juta kali dan dihujani dengan pelbagai komen dari warganet.

Sumber : Siakapkeli