[VIDEO] Guru wanita nyanyi lagu persis suara Dato’ Siti Nurhaliza curi perhatian netizen, ‘Ni la suara dan lenggok paling mirip Tokti’

Guru wanita nyanyi lagu persis suara Dato’ Siti Nurhaliza curi perhatian netizen, ‘Ni la suara dan lenggok paling mirip Tokti’.

Dapat kita lihat sekarang ramai mempunyai bakat dalam bidang nyanyian

Oleh itu, dengan kepesatan teknologi ramai yang mengambil peluang untuk mengasah bakat mereka. Terdapat juga yang mempunyai suara yang menakjubkan sama seperti selebriti penyanyi popular.

Guru wanita nyanyi lagu persis suara Dato' Siti Nurhaliza curi perhatian netizen, 'Ni la suara dan lenggok paling mirip Tokti

Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang guru menyanyikan lagu Dato’ Sri Siti Nurhaliza telah meraih tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@itsmelaila13 Bila kwn2 suruh p menyanyi mcm ni la.. random terus pilih lagu yg dh biasa 😄 ni iklan2 sementara menunggu pljr ready utk rakaman lagu.. #nirmala #karaoke #auditoriumssemj #cikguvokal #fypã‚· ♬ original sound – Laila Nasimin

Nyanyi lagu Nirmala sama seperti versi asal

Menerusi video yang dimuat naik oleh @itsmelaila13 di TikTok, kelihatan seorang wanita yang juga merupakan seorang guru vokal sedang dirakam menyanyikan lagu di auditorium sekolah.

Dalam video itu dia dilihat menyanyikan lagu Nirmala oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza sementara menunggu pelajarnya bersedia untuk rakaman lagu.

Apa yang menarik perhatian adalah suaranya, lenggok serta alunan yang lembut dilihat sama seperti versi penyanyi asal. Dia juga dipaparkan menyanyikan lagu tersebut dengan penuh bersahaja namun tetap menyajikan vokal yang hebat.

Video tersebut juga mempunyai sambungan di mana dia dilihat menyanyi dan menari bersama anak muridnya yang memakai pakaian tradisional.

@itsmelaila13 Replying to @cmtujuh kita sampai d sini ya.. 😅 ni bukan miming. tp betul2.. jgn tertipu dgn suara. bkn tiru suara tp alunan tu yg ditiru tu #nirmala #cikguvokal #ssemj #sabahan ♬ original sound – Laila Nasimin

“Ni la suara dan lenggok paling mirip Tokti. Patah-patah lenggok dia sama. Nyaring ramai boleh tiru, lenggok tak ramai” – Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 1.4M views, 85.7K likes dan 1,789 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji persembahan guru ini dan menyatakan suaranya yang persis seperti penyanyi asal.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image from @itsmelaila13 (TikTok)

Image from @itsmelaila13 (TikTok)

Image from @itsmelaila13 (TikTok)

Image from @itsmelaila13 (TikTok)

Image from @itsmelaila13 (TikTok)

Banyak kali dengar pun tak akan jemu.

BACA :

‘Patutlah tak jawab call isteri’, lelaki ditemui meninggaI dalam tandas dengan kesan keIar
Anak hidap kanser saraf tahap 4 teringin mandi kolam, ‘Moga bukan yang terakhir papa dan ummi dapat tunaikan’