[VIDEO] Helikopter hantar murid ke sekolah dekat Shah Alam

Helikopter hantar murid ke sekolah dekat Shah Alam.

POLIS mengesahkan telah menerima laporan berhubung kejadian sebuah helikopter mendarat di kawasan lapang Bukit Bandaraya, Seksyen U11, Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya telah mengesan hantaran mendakwa sebuah helikopter mendarat di padang untuk menghantar seorang murid di sebuah sekolah swasta dekat Setia Eco Park, Shah Alam.

“Helikopter terbabit telah mendarat selama 15 minit pada pukul 8 pagi, 17 April lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

[VIDEO] Helikopter hantar murid ke sekolah dekat Shah Alam
Foto kejadian sebuah helikopter mendarat di kawasan lapang Bukit Bandaraya, Seksyen U11, Shah Alam. GAMBAR: Polis
Jelasnya, polis telah menerima laporan berhubung kejadian daripada Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Katanya kes diklasifikasikan sebagai rujuk agensi lain (ROA) kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) untuk tindakan selanjutnya.

@utusantvofficial #Helikopter terbabit telah mendarat selama 15 minit pada pukul 8 pagi, 17 April lalu, kata Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim. Video berkenaan tular hari ini dan kes dirujuk Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia. 📽 FMT. #caam #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok #fyp #shahalam ♬ original sound – UtusanTV

BACA :

Selepas 7 tahun, wanita pasrah akhiri tugas sebagai isteri
Lelaki 56 tahun nekad duduki “Exam”, masuk Universiti buat kali ke-27
Ini punca lipan boleh wujud dalam rumah