[VIDEO] ‘Influencer’ maut ketika angkat berat, patah tengkuk dihempap barbel seberat 210 kg

SEORANG influencer kesihatan di media sosial, Justyn Vicky maut selepas kecederaan yang dialami di tengkuk ketika sedang menggunakan peralatan gimnasium.

Berdasarkan sebuah video yang kini tular, mendiang yang berasal dari Indonesia sedang mengangkat barbel seberat 210 kilogram dengan bantuan seorang rakannya.

'Influencer' maut ketika angkat berat, patah tengkuk dihempap barbel seberat 210 kg

Tetapi, beban itu jelas tidak dapat ditampung kedua-dua individu itu sebelum ia jatuh mengenai tengkuknya sehingga menyebabkannya rebah.

Justyn kemudiannya digegaskan ke hospital berdekatan olah rakan-rakannya, namun gagal diselamatkan ketika sedang menjalani pembedahan kecemasan.

Kecederaan yang dialami Justyn akibat hentakan kuat daripada barbel seberat 210 kilogram.

Tidak lama selepas itu, sebuah gimnasium yang berpangkalan di Bali, Indonesia, Paradise Bali mengeluarkan kenyataan bagi menyifatkan kehilangan atlet tersebut dalam dunia angkat berat.

“Justyn bukan sahaja seorang yang pakar dalam bidang kesihatan, namun dia juga dikenali sebagai seorang sumber inspirasi dan motivasi dalam kalangan pengikutnya.

“Semangat serta minatnya sering membantu orang ramai berubah. Kehilangannya pasti sukar untuk dicari galang ganti dengan kehadirannya di gim ini sukar dilupakan,” tulisnya.

Sepanjang beberapa tahun terlibat dalam sukan angkat berat, mendiang yang berusia 33 tahun memiliki lebih daripada 30,000 pengikut di Instagram.

BACA :

‘Apa dosanya nasi tu sampai tak boleh dimakan kalau nak kurus’
Hutang rumah sampai kiamat