[VIDEO] Jin jatuh cinta dengan wanita ini, muncul tulisan dan bau hamis di bilik tidur

Jin jatuh cinta dengan wanita ini, muncul tulisan dan bau hamis di bilik tidur.

Sejak kecil, wanita bernama Anggie Nabila kerap mengalami gangguan pelik yang disangka sebagai masalah seperti psikosis, skizofernia ataupun halusinasi.

Namun apabila dia membuat ujian saringan psikiatri secara berulang kali, kewarasannya disahkan baik-baik sahaja seperti orang normal.

[VIDEO] Jin jatuh cinta dengan wanita ini, muncul tulisan dan bau hamis di bilik tidur

Baju dalam yang dipakai lesap, pinjam jaket guru…Kemudian, uniform pula menghilang

Siapa sangka di sebalik semua itu, Anggi rupanya didambakan oleh sejenis makhluk halus. Semuanya bermula sejak kali pertama dia datang haid pada usia 11 tahun.

Barang di rumah mereka kerap lesap dan hanya ditemui di tempat lain. Entiti mistik itu seakan-akan tidak benarkan Anggie menjauh darinya.

Setiap kali mahu ke sekolah, ada saja benda yang dihilangkan seperti kunci, buku-buku dan baju. Bahkan pakaian dalam yang sedang dipakai Anggie juga menghilang tanpa jawapan.

Kejanggalan ini membuatkan Anggie pernah tidak hadir ke sekolah selama 3 bulan.

[VIDEO] Jin jatuh cinta dengan wanita ini, muncul tulisan dan bau hamis di bilik tidur

Muncul gambar seperti janin dalam galeri telefon Anggie

Anggie adalah orang yang kurang gemar dengan budak-budak. Namun satu hari, tiba-tiba dia mengesan sekeping gambar ala-ala USG scan bayi dalam galeri telefonnya yang entah datang dari mana.

Kebanyakan orang yang mengubati berkata jin pendamping itu sebenarnya mahu menikah dan memiliki anak bersama Anggie.

Dalam 1 kejadian melibatkan perawat bernama Siti Jubaizah, ‘benda’ tersebut seakan marah Anggie cuba disembuhkan.

Lalu di ruang siling rumah mereka, jin terbabit menulis ayat marah “Siti Jubaidah anjing”.

[VIDEO] Jin jatuh cinta dengan wanita ini, muncul tulisan dan bau hamis di bilik tidur

Jin itu mahu ternampak baik sebagai sosok yang boleh berikan apa sahaja yang Anggie pinta

Lebih menyeramkan, apa sahaja kemahuan akan direalisasikan oleh si syaitan ini walaupun ia cuma terlintas di fikiran Anggie.

Misalnya, Anggie amat sukakan kertas pembalut hadiah dan juga bekas penyimpanan alat solek. Tidak lama kemudian, barang itu sudah diposkan ke rumah.

Ketika sekolah menengah, Anggie mahu memakai pendakap gigi, namun keinginan itu terpaksa ditangguh dahulu kerana bapanya sedang ada masalah kewangan.

Esok selepas ibunya hantar ke sekolah, Anggie terkejut rakan-rakan menegurnya yang dilihat sudah memasang braces.

Pun begitu, pendakap berkenaan segera dicabut di klinik gigi milik rakan ayahnya. Jika terus pakai, Anggie khuatir jin itu akan merasa dirinya diterima.

Rumah Anggie penuh tulisan pelik-pelik

Gangguan tetap berterusan walau Anggie sudah berkahwin. Makhluk itu dilihat sengaja hendak merosakkan kebahagiaan pasangan ini.

Sebagai contoh, suaminya masuk ke dalam bilik tidur memarahi Anggie secara melulu. Selepas itu, lelaki tersebut pun berlalu keluar seperti biasa.

Tidak lama kemudian, suaminya masuk lagi dan bertanya “Kenapa kamu marah-marah?”. Anggie menjelaskan apa yang berlaku, barulah mereka sedar ia adalah kerja si jin tadi.

Sudah banyak kali syaitan ini menyerupai Anggie atau suaminya untuk saling melaga-lagakan.

@anggie.nabiilamy santet story part 10 bukan ya ini? ini aku cuma jelasin tempat tempat kejadian waktu aku sd aja sih😅

♬ original sound – Anggie Nabiila/IG : fansiazeli – luxurybynab

Air kopi sejuk dikeluarkan seseorang

Ada juga kejadian di mana suaminya mengejut bangun tidur sekitar jam 10 pagi. Seperti biasa, lelaki itu memberikan belaian manja dan bertanya adakah isteri mahu minum air kopi.

Dalam keadaan mamai, Anggie baru teringat mengapa suaminya masih belum pergi kerja? Adakah memang cuti pada hari tersebut? Setelah dilihat, kereta di ruangan parkir memang tiada.

Dalam masa sama, air kopi sejuk sudah tersedia di atas meja seolah baru dikeluarkan seseorang dari peti ais. Walhal tiada orang lain waktu itu.

Jin tulis ayat “BUKAN MEREKA” seakan warning tiada sesiapa boleh bahagiakan Anggie selain dia

Terbaru, jin berkenaan telah melukis imej kepala kambing di bilik tidur Anggie dengan tulisan Bahasa Jawa yang sukar difahami.

Kesan tapak tangan tulisan merah di dinding pula mempunyai bau yang sangat hamis. Bayangkan sudah belasan tahun hal itu berlarutan, mereka sendiri sudah buntu mencari jalan penyelesaian.

Kata Anggie yang mata hijabnya pernah terbuka, sosok misteri itu adalah berupa labah-labah berkepala manusia.

@anggie.nabiila love story ❌ santet story ✅ #horrorstory #fyp #fypシ #fypシ゚viral ♬ Horror atmosphere piano & SE. – Kohrogi

BACA :

Ini cara ‘orang kedekut’ pergi KLIA2, jimat RM75 bayar e-hailing
Wanita Malaysia menggeletis lihat duda sado jual durian, ‘Ingat kat Thailand ke nak buat macam ni’
Lelaki makan McDonalds selama 100 hari berjaya turun 26Kg berat badan