[VIDEO] Kakak Ruhainies dipatuk Ular, ‘Abang!!! Bawak dia pergi hospital tolonglah’

Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas atau lebih dikenali sebagai Ruhainies ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia.

Beliau mula dikenali ramai menerusi drama bersiri Hello, Mr. Perfect! yang mana beliau memegang dua watak, sebagai Alya Adriana dan Nurul Ain.

Selain pelakon dan model, Ruhainies juga merupakan seorang pengacara, ahli perniagaan dan jurucakap produk. Beliau merupakan adik kepada pelakon Risteena Munim.

Kakak Ruhainies dipatuk Ular, 'Abang!!! Bawak dia pergi hospital tolonglah'

Menerusi satu klip video di akaun Tiktok menunjukkan beliau sedang berada di satu Pusat Ternakan Ular. Ruhainies yang sedang memegang ular-ular yang jinak itu tiba-tiba terkejut apabila kakaknya iaitu pelakon Rissteena menjerit dengan kuat memanggil namanya.

Selepas mendengar jeritan yang kuat itu, Ruhainies terus berlari ke arah kakaknya yang sedang menahan sakit dipatuk ular.

Risteena yang sedia takut untuk memegang haiwan tersebut dimarahi oleh adiknya itu kerana memaksa dirinya untuk memegang sehingga tercedera.

“Yang kau pegang jugak kenapa kalau takut…” – Ruhainies

“Abang!!! Bawak dia pergi Hospital tolonglah…” – Jeritnya

Ruhainies semakin cemas apabila kakaknya itu tiba-tiba pengsan di atas pangkuannya. Beliau turut mennagis melihat keadaan kakanya yang tidak sedarkan diri itu. Namun, situasi bertukar geram apabila ianya hanyalah ‘prank’ oleh sebuah rancangan Astro semata-mata.

Lihat klip video di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @daebakingcosmetics

Lihat apa kata orang ramai:

@Kak Hawa | BEAUTY: ya allah sedihnya tgk respon ruhanis. blh rasa ketakutan n kesedihan dia tgk keadaan kakak dia. haduhhh ngn aku skali nangis

@En.Fian: adik mane sanggup tgk kakak die dlm keadaan cmtu…🙄

@miszeybaRizal11: dia punya berleteaq dgn jerit tu aduhh pedih telinga..tp comel 😁

@💜nanaAzrul💜: weii gila la nyaring ha dia bertempik dia😂..

@Ayu Raihana: suka part dia jerit tu, nmpk dia risau kan kakak dia 😂😂

@🇦 🇹 🇮 🇪 🇾  ʕ•ᴥ•ʔ: aku pun hampir menangisss huwaa😭😭😭” nyenyenye, hospital..tak dengaq ka” 🤣🤣🤣

@Aida Zainal: yg hang ni pasaipa!…panic adik dia..adeh

@Miemah🦋AFA ♡︎: aku tgk sekali aku lap ayaq mata, tgk 2x pon lap ayaq mata lg.. kali ke3 pon sma .. scroll laa penat lap ayaq mata 🥺🥲 dia punya care tuh smpai sini.

BACA :

Ini 5 perangai founder bisnes Malaysia yang buat netizen menyampah
‘Orang kuat’ Ebit Lew dedah sesuatu di IG story
‘Tuan pernah tak rasa give up masa dalam perjalanan kayuh basikal ke Mekah dengan isteri?’