[Video] Lelaki cedera ditetak kapak, dituduh mencuri Wifi jirannya

Seorang lelaki di Desa Karanganyar, Indonesia dilaporkan menjadi mangsa amukan jirannya dan dipukul sehingga cedera kerana dituduh mencuri Wifi jirannya itu. Kejadian berkenaan tular di media sosial memaparkan seorang lelaki memakai topi keledar datang ke rumah mangsa dengan menunggang motosikal.

Ketika tiba di rumah mangsa, lelaki berkenaan bertindak menghentak pagar dengan menggunakan kapak yang dibawa olehnya. Setelah pagar rumah mangsa terbuka, lelaki tersebut kemudiannya masuk dan terdengar bunyi seperti sedang bergaduh dari dalam rumah itu.

Lapor Tribun News, mangsa dikatakan cuba untuk melawan sambil memegang penyapu sebagai alat untuk mempertahankan dirinya. Walau bagaimanapun, mangsa cedera di kepala akibat pergaduhan berkenaan.

Mangsa kemudiannya berlari keluar dari rumah lalu menjerit meminta tolong. Akibat panik dikejar orang ramai, lelaki berkenaan dilihat melarikan diri dan meninggalkan motosikalnya di hadapan rumah mangsa.

Kejadian berkenaan berpunca daripada mangsa dikatakan telah mencuri kata laluan Wifi rumah milik individu berkenaan. Meskipun sudah menjelaskan bahawa dirinya tidak tahu kata laluan tersebut, namun lelaki terbabit tetap tidak percaya.

Pada mulanya dia tuduh saya curi Wifi, walaupun saya persoalkan macam mana saya curi sebab saya tak tahu kata laluan tapi dia masih tak percaya dan terus serang saya.

Menurut Ketua Setempat, Sumianto, lelaki berkenaan bertindak sebegitu kerana ingin membalas dendam terhadap masalah yang berlaku sebelumnya namun telah diselesaikan oleh pihak pengurusan setempat.

Susulan daripada itu, mangsa yang cedera telah mendapatkan rawatan dan membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut di Balai Polis Cawangan Cikarang. Pihak polis juga turut merampas motosikal milik lelaki berkenaan yang ditinggalkan di hadapan rumah mangsa.

Sumber : https://ohbulan.com/video-dituduh-curi-wifi-jiran-lelaki-ditetak-dengan-kapak-hingga-cedera