[Video] Lelaki Malaysia kantoi seludup 450kg heroin di Australia

Pihak polis Australia telah berjaya merampas dadah jenis heroin yang dibawa oleh rakyat Malaysia ke negara tersebut, mereka juga telah menahan lelaki warganegara Malaysia berumur 38 tahun itu.

Menurut mereka ini adalah penghantaran dan rampasan terbesar, ia memakan nilai dalam jumlah A$$140 juta. Penghantaran sebanyak 450kg (seberat piano besar) itu dikesan berada di dalam satu kontena kargo laut yang dihantar dari Malaysia kepada sebuah perniagaan di Melbourne, kata polis dalam satu kenyataan.

Menerusi Reuters, lelaki itu didakwa mengimport dan cuba memiliki sejumlah ubat kawalan sempadan komersil. Kata polis lagi, hukuman maksimum adalah penjara seumur hidup,

@luardalam Seludup Heroin 450kg dari Malaysia ke Australia. Rakyat Malaysia ditahan! #malaysia #australia#drug #borders #dadah #heroen #seludup #fypシ #foryou ♬ original sound – Ohh Malaysia Ku

Lapor sumber lagi, Polis Persekutuan Australia kini sedang bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia, kata Krissy Barrett, Komisioner Polis Persekutuan Australia.

“Kami terus bekerjasama dalam mengenal pasti dan mengganggu sindiket jenayah terancang lintas negara yang berusaha untuk merosakkan kedua-dua negara kita dan menjana keuntungan berjuta-juta dolar dari kegiatan jenayah,” kata Barrett dalam satu kenyataan.

Polis menganggarkan pemintas heroin menyelamatkan 225 nyawa, berdasarkan perkiraan mereka bahawa terdapat satu kematian di komuniti Australia untuk setiap 2 kilogram heroin yang digunakan.