Les’ Copaque memburukkan pekerja, netizen mahu boikot Upin dan Ipin.
Baru-baru ini video podcast terbaru yang dikeluarkan oleh Les’ Copaque telah dihentam oleh netizen kerana dikatakan telah memburuk-burukkan pekerja dan bekas pekerja mereka di dalam video podcast tersebut.
Untuk pengetahuan umum, Les’ Copaque merupakan sebuah syarikat animasi tempatan yang popular dengan animasi Upin dan Ipin.
Dalam Podcast yang bertajuk “Drama Di Lokasi Pengambaran” itu, ianya telah dihadiri oleh Special Project Manager, Creative Content Director, Lead Scriptwriter & Production Coordinator dan HR Manager Les’ Copaque menceritakan tentang drama dan “toxic culture” di syarikat animasi tersebut.
Antara topik yang dibincangkan adalah tentang bagaimana bekas pekerja mereka masih berkawan dan menjaga hubungan baik mereka dengan pekerja lain yang dianggap tidak “Move On” seperti apa yang telah dikatakan oleh Nor Aizan Embong yang merupakan Lead Scriptwriter & Production Coordinator, Les’ Copaque Production.
Mereka juga turut menceritakan yang HR selalu memerhati akaun media sosial pekerja bagi memastikan pekerja-pekerja tidak memburukkan nama syarikat di mana-mana sosial media.
Podcast ini telah mendapat banyak komen yang negatif yang mana rata-rata komen menghentam tindakan pengurusan memburukkan pekerja dan bekas pekerja.
BACA :