[VIDEO] Mak seronok gelakkan si suami, anak semua nak melekat dengan ayah

Mak seronok gelakkan si suami, anak semua nak melekat dengan ayah.

Kebiasaannya, anak-anak lebih suka melekat dan bermanja dengan ibu berbanding ayah

Iyalah, ibu yang melahirkan anak-anak. Naluri dan sifat seorang ibu itu memang membuatkan anak-anak lebih suka dekat dengan mereka.

Namun, ada juga anak yang lebih suka melekat dengan ayah. Seperti sebuah video ini apabila seorang wanita merakam gelagat dua orang anaknya yang asyik mengikut ayah mereka ke mana saja telah mencuri tumpuan ramai.

Mak seronok gelakkan si suami, anak semua nak melekat dengan ayah

Lihat video itu di bawah:

@rozilaabdulkadir 🤪🤪 “omm teloleett om” #zayyannaufal ♬ original sound – R.A.K COLLECTION

Isteri hanya mampu gelak, anak-anak semua nak ayah

Menerusi video yang dimuat naik oleh @rozilaabdulkadir, kelihatan suami wanita itu sedang mendukung anaknya dan seorang lagi anak lelaki mereka dilihat ‘mengendeng’ dengan si ayah juga.

Perkara tersebut membuatkan wanita itu hanya mampu tergelak kerana suaminya harus melayan kerenah kedua-dua anak mereka itu.

Lebih melucukan, anak lelaki mereka tiba-tiba datang ke kereta dan membuat tarian spontan membuatkan ibunya terhibur.

Image from @rozilaabdulkadir (TikTok)

“Terpaling random anak akak ni” – Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini telah meraih 508K views, 56.5K likes dan 3.7K shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat anak wanita itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image from @rozilaabdulkadir (TikTok)

Image from @rozilaabdulkadir (TikTok)

Image from @rozilaabdulkadir (TikTok)

Mesti adik joget sebab seronok dapat melekat dengan ayah kan?

BACA :

Janna Nick mohon maaf jemput Ustaz Wadi di majlis resepsi, ‘Saya rasa diri ini sangat hina’
Hati-hati dengan virus Rotavirus, bayi cirit-birit, muntah-muntah & demam
Murid 9 tahun ‘speaking’ macam Mat Saleh, wanita kongsi tips anak pandai B. Inggeris