Nyanyian adik ini bikin netizen berdekah, perli ibu dalam lagu.
Anak-anak ini makin besar, makin panjang akalnya. Ada sahaja yang hendak dilakukan yang mampu membuatkan ibu bapa berdekah.
Rasa penat dek kerana seharian bekerja boleh hilang apabila melayan telatah anak-anak. Boleh sunyi jika mereka tiada di rumah.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang budak lelaki mengasuh adiknya yang sedang menangis mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @lyzamalek, dapat kita lihat seorang abang sedang menenangkan adiknya yang sedang menangis.
Dapat kita lihat, abangnya itu memujuk adik yang sedang merengek dengan menyanyikan lagu Tepuk Amai-Amai.
Lihat video
@lyzamalek♬ original sound – lyzamalek
Namun apa yang membuatkan orang ramai terhibur adalah dia menukar lirik lagu tersebut dan memerli ibunya yang sedang bermain telefon bimbit.
“Adik jangan nangis, emak tengok handphone..”
Apa yang lebih mencuit hati adalah dia memanjangkan lenggok perkataan ‘handphone’ seolah-olah ingin melepaskan geram yang terbuku selama ini.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat budak lelaki itu malah ada yang menyifatkan dia sangat berani melakukan perkara tersebut.
“Adik kau memang berani, ayah adik pun tak berani cakap macam-macam” – Netizen.
Berikut merupakan antara komen daripada warga maya:
BACA :