[Video] Panas !! Pemain Sarawak United serang pengadil selepas perlawanan tamat

Aksi perlawanan Liga Perdana antara Negeri Sembilan dan Sarawak United FC berakhir dengan kemenangan berpihak kepada pasukan Hobin Jang Hobin 1-0 ke atas Sarawak United FC.

Perlawanan tersebut berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur dengan menyaksikan pertembungan yang sengit dengan 10 baki pemain Sarawak susulan pengadil melayangkan kad merah kepada penjaga gol Sarawak United FC, Mohd Sharbinee Allawee Ramli.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Zulhelmi Zainal Azam di Twitter memaparkan perlawanan yang penuh tegang itu berakhir dengan insiden ‘panas’ apabila pemain daripada Sarawak United FC seakan tidak berpuas hati dilihat mengampiri pengadil.

Keputusan perlawanan itu berakhir dengan menyaksikan Negeri Sembilan FC bimbingan Ketua Jurulatih K. Devan mendahului carta liga dengan mengumpul sebanyak 38 mata. Susulan daripada itu Negeri Sembilan telah memintas kedudukan Sarawak United FC dengan perbezaan satu mata.

Sumber : https://ohbulan.com/video-tak-puas-hati-kena-kad-merah-pemain-sarawak-united-serang-pengadil-lepas-perlawanan