Seorang pelajar asrama nyaris buta selepas dicurah air sabun oleh rakannya ketika sedang tidur.
Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri berkata bapa pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah di Gerik, Perak itu membuat laporan polis Rabu lalu.
Katanya, siasatan mendapati rakan satu asrama mencurahkan cecair itu ke kedua-dua belah matanya sekitar 1.15 pagi pada 19 Mei lalu.
“Pemeriksaan yang dijalankan pakar mengesahkan mangsa mengalami kecederaan bilateral eye chemical injury grade 1 dan perlu menjalani rawatan susulan,” dia dipetik media sebagai berkata.
Siasatan dibuat bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan berkaitan tindakan yang mendatangkan kecederaan.
Remaja itu dan saksi, termasuk guru dan pelajar, dipanggil bagi membantu siasatan.
“Kertas siasatan akan dirujuk kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut,” dia dipetik sebagai berkata.
@sinarharianonline Macam-macam hal pelajar sekarang ni, min pun risau… #fyp #BeritaDiTiktok #Pelajar #Siasatan #Sabun ♬ Sad and lonely – MoppySound
BACA :