[VIDEO] Pencari madu tualang maut tersangkut di pokok

Seorang pencari madu lebah ditemukan maut selepas dipercayai tersangkut di atas pokok tualang setinggi kira-kira 24 meter di Kampung Chabang Tungkak, Pasir Puteh, tengah hari tadi.

Pencari madu tualang maut tersangkut di pokok

Pengarah Bomba Kelantan, Zainal Madasin berkata seramai 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh dan Machang bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.09 tengah hari.

Beliau berkata sebaik tiba, lelaki berusia 62 tahun itu didapati tidak sedarkan diri di atas pokok berkenaan.

“Lelaki itu berjaya dibawa turun pada pukul 7.20 malam tadi dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan,” katanya dalam kenyataan.

Zainal berkata mayat diserahkan kepada pihak polis pada pukul 8.12 malam untuk siasatan lanjut.

BACA :

Artis lelaki kantoi ‘like’ video porno guna akaun sebenar
‘Mak asyik bagi makan maggi je, ayah bos syarikat besar tapi kedekut..’
Jep kongsi kisah sedih, ‘Auto nangis part kerusi roda tu’