[VIDEO] Rider terpaksa tahan gelak, jadikan atap zink sebagai ‘loceng’ rumah

Rider terpaksa tahan gelak, jadikan atap zink sebagai ‘loceng’ rumah.

Tak salah kalau berangan memiliki rumah idaman, mana tahu nanti menjadi kenyataan bukan? Bukan itu saja, dekorasi rumah juga mempunyai pelbagai jenis dan pilihan.

Jadi, terpulang kepada anda untuk memilihnya. Harga pula bergantung kepada bajet masing-masing mengikut kemampuan.

Rider terpaksa tahan gelak, jadikan atap zink sebagai 'loceng' rumah.

Namun, berbeza pula dengan video di TikTok ini apabila kreativiti pemilik sebuah rumah ‘mencipta’ loceng rumah telah mencuit hati ramai.

Lihat video itu di bawah:

@dekorasi_rumah_idamanbel nya 😁😁

♬ suara asli – dekorasi_rumah_idaman

Kreatif sebab ‘cipta’ loceng rumah sendiri

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang individu yang juga seorang rider berkongsi situasi semasa dia ingin menghantar barang ke rumah pelanggannya.

Namun, sebaik saja dia tiba di depan rumah pelanggannya. Dia melihat loceng ‘unik’ di rumah berkenaan.

Malah, dia juga cuba untuk menekan ‘loceng’ tersebut untuk memanggil orang di dalam rumah.

Image from @dekorasi_rumah_idaman (TikTok)

“Lawak pula. Bunyi pula tu ditekan” – Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan memberikan pelbagai reaksi mereka mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.6M views, 117.1K likes dan 4,145 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Boleh pula ya dia terfikir nak buat macam itu.

BACA :

‘Kita bentuk family ni semula ya, jangan pisah’