[VIDEO] Sepupu jenis kasar, gadis kekok disuruh ‘sweet’ ambil gambar nikah

Sepupu jenis kasar, gadis kekok disuruh ‘sweet’ ambil gambar nikah.

Lumrah bagi pasangan pengantin baharu untuk rasa malu sebaik saja diijabkabulkan

Tambahan pula apabila perlu bergambar sambil melakukan aksi romantik di depan keluarga dan rakan-rakan. Boleh merah muka jadinya.

 Sepupu jenis kasar, gadis kekok disuruh 'sweet' ambil gambar nikah

Namun, lain pula dengan sebuah video ini apabila seorang wanita yang kasar disuruh bergambar sweet-sweet dengan suaminya mencuit hati ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@cikguumiraa Disebalik tabir nak ambik gambar nikah😆 saborr jela #familytime #wedding #fypã‚· #czen #weddingday #fypシ゚viral #fyp #laguviral ♬ original sound – ♡ نور اميره ♡

Memang jenis kasar dari dulu, sepupu segan nak bergambar romantik dengan suami

Menerusi video yang dimuat naik oleh @cikguumiraa, kelihatan wanita itu baru saja selesai upacara akad nikah dan sesi batal air sembahyang dengan suaminya.

Apa yang mencuri tumpuan adalah dia dilihat sangat kekok apabila disuruh bergambar rapat dengan si suami di atas pelamin mereka.

Malah, dia dilihat agak kasar dan tidak boleh mengawal ayu di depan kamera. Menurut sepupunya, dia memang seorang yang jenis kasar sejak dulu lagi.

Image from @cikguumiraa (TikTok)

“Banyak-banyak ni aku suka memang real tak ada nampak buat-buat malu. Memang comel pengantin ni” – Netizen

Ikutan tularnya video tersebut yang kini sudah meraih 514K tontonan, 29.1K tanda suka serta 2.1K perkongsian di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat pasangan pengantin baru itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image from @cikguumiraa (TikTok)

Image from @cikguumiraa (TikTok)

Image from @cikguumiraa (TikTok)

Mungkin dia memang tak biasa sweet-sweet dari diaorang couple dulu, jadi bila dah kahwin kenalah romantik kan.

BACA :

‘Semakin kaya seseorang itu, semakin takut dia dengan kematian’, betul ke ada orang dalam kapal selam tu?
Anak hidap kanser saraf tahap 4 teringin mandi kolam, ‘Moga bukan yang terakhir papa dan ummi dapat tunaikan’
AWAS!!! Taktik baru penjenayah, lekat paku pada selipar untuk pancitkan tayar kereta