Video tular kanak-kanak menangis disisi mayat ibu adalah kes bunuh

Video tular kanak-kanak menangis disisi mayat ibu adalah kes bunuh. Polis mengesahkan video tular memaparkan seorang kanak-kanak menangis di sisi mayat seorang wanita dipercayai ibunya adalah kes bunuh dalam kejadian di Kampung Titingan, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, setakat ini belum dapat dipastikan motif atau punca kejadian dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Video tular kanak-kanak menangis disisi mayat ibu adalah kes bunuh

“Saya sahkan, laporan kita terima petang tadi dan sepasukan anggota kini sedang berada di lokasi kejadian untuk tindakan lanjut,” katanya

Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 24 saat itu memaparkan seorang kanak-kanak menangis di sisi mayat ibunya yang terbaring dalam keadaan berlumuran darah dipercayai dibunuh.

Satu lagi rakaman berdurasi 40 saat yang turut memaparkan seorang lelaki dipercayai ahli keluarga mangsa memeluk jasad wanita berkenaan sebelum cuba ditenteramkan oleh orang awam yang berada di lokasi terbabit.

BACA:

Disuruh bertudung semula, reaksi Uqasha Senrose buat ramai terkejut

Pelancong ‘backpackers’ nampak miskin, tapi ini hakikat yang perlu diketahui

Emma Maembong dedah mahu anak ramai, lepas pantang terus cuba