Video tular : Setiausaha Sulit Kanan Menteri antara disiasat polis

[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Hide” ]Setiausaha Sulit Kanan Menteri antara disiasat polis ketua setiausaha negara setiausaha in english tugas setiausaha setiausaha kerajaan negeri[/bg_collapse]

 

Tujuh individu termasuk Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) di Jabatan Perdana Menteri diambil keterangan berhubung video tular ingkar arahan Komander Operasi Bencana di lokasi tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, SUSK berusia 38 tahun itu diambil keterangannya di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pada pukul 8 malam, semalam.

“Lelaki yang dilantik sebagai Penolong Pesuruhjaya Kehormat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) itu dibenarkan pulang selepas keterangannya selesai direkodkan.

[bg_collapse view=”button-red” color=”#ffffff” expand_text=”BACA ARTIKEL PENUH” ]

Setiausaha Sulit Kanan Menteri antara disiasat polis ketua setiausaha negara setiausaha in english tugas setiausaha setiausaha kerajaan negeri

“Seorang lagi individu dipercayai yang menularkan video berkenaan turut memberi keterangan di IPD Ampang pada 4.30 petang semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad Farouk berkata, suspek yang menularkan video berkenaan bekerja sebagai pengawal keselamatan dan juga anggota sukarelawan APM.

Jelasnya, suspek berusia 43 tahun berkenaan kemudian ditahan selepas diambil keterangan kerana positif dadah jenis methamphetamine serta memiliki aplikasi judi dalam talian di telefon bimbit miliknya.

“Lelaki terbabit kini direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 17 Mac ini untuk siasatan mengikut Seksyen 15 (1) (c) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 4 (1) (c) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953,” katanya.

Tambahnya, lima lagi pegawai dan anggota APM Hulu Langat yang berada di lokasi kejadian ketika insiden tanah runtuh berkenaan pada Khamis lalu turut hadir memberi keterangan di IPD Ampang Jaya pada tengah hari tadi.

Ahad lalu, polis mengesahkan membuka satu kertas siasatan dan diklasifikasikan kepada seksyen iaitu Sek 505(b) Kanun Keseksaan iaitu mengeluarkan kenyataan kenyataan yang mendatangkan khianat awam; Seksyen 188 Kanun Keseksaan iaitu mengingkari perintah yang diisytiharkan oleh penjawat awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Ini susulan video tular berdurasi 55 saat itu disebarkan oleh pemilik akaun Facebook yang memaparkan salah seorang pegawai APM ingkar arahan yang diberikan oleh Komander Operasi Bencana.

Tonton:

BACA JUGA:

Demi ikan koi RM300K, pemuda sanggup jual tanah

China buat hal lagi, kali ini buat pesawat paling laju di dunia!

Dah lama bercinta online dengan makwe Rusia, sekali bila jumpa ini yang jadi

[/bg_collapse]